being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Thursday 21 November 2013

Relationship

Assalamualaikum saudara saudari cikebom cikebom! Okay sebenarnya I is demam you olls tapi ntah kenapa time demam ni pula rasa rajin nak berblogging. Walaupun I demam tapi otak tak tepu lagi la nak story mory. Kalau story mory otak tak tepu tapi kalau fikir lagi 3 hari nak start class... Hah! Itu menyebabkan otak tepu serta merta. Oh My Gucci pejam celik tinggal 3 hari cuti semester I. Time flies. Oh well. Sementara I masih dekat rumah ni kan. Baik I update la blog I ni selagi boleh. Kalau dah sampai Penang nanti haram I nak sentuh laptop I ni. Kalau sentuh pun sebab assignment, nak validate course atau layan Running Man. That's all.

So entri kali ni nak cerita pasal apa? Relationship.

DANG!!! Sebut je relationship semua dok pikiaq pasai couple masing masing. Apa ampa ingat ampa dengan mak ayah ampa tu bukan relationship ka? Relationship ni bukan dengan pasangan masing masing je. Parents and siblings tu pun relationship kita juga. Hubungan anak beranak dan adik beradik is the best relationships a person will ever had. Siapa lagi yang lebih memahami kita kalau bukan mak ayah kan? Siapa yang akan defend kita kalau bukan kakak dengan abang kan? Tapi ye la. Bagi teenagers macam I ni bila sebut relationship memang fikir pasal boyfriend la cerita dia. Kalau dekat Twitter tu banyak je user yang tweet pasal cintan cintun, patah seribu dan lain lain lagi kan. Pastu kita ni la yang dok RT bendalah tu semua. I pun suka juga RT benda tu semua. Saja nak memeriahkan TL.

Zaman sekarang ni couple tu dah kira tradisi la. Bagi budak sekolah kira wajib la ada couple. I pun time high school dulu ada boyfriend juga. Cinta monyet la katakan. To be honest, for me benda tu mematangkan diri I la sebenarnya. Cehh. Tapi masa tu I belum fikir masa depan lagi. I mean bercinta masa sekolah ni semuanya nampak indah dan perfect. Lagi lagi pengaruh High School Musical kan? Sekarang ni movie banyak tayangkan pasal remaja bercinta dekat sekolah. Drama TV pun sama je dua kali lima sepuluh. Tapi hakikatnya in real life tidak seindah yang disangka. Jeng jeng jeng...

Ramai orang cakap kalau bercinta dekat Universiti ni most probably will end up with marriage. Betul ke tidak itu I tak sure la. Well kalau dah jodoh tu tak kira la kenal kat mana kan. Anyway, apa yang I cuba sampaikan di sini bercinta dekat Universiti ni ada baik dan ada buruknya. Banyak contoh yang I boleh bagi melalui pengalaman dan pemerhatian I. Ramai member I yang pasangan diorang dari course yang sama. Itu memang sangat best sebab diorang boleh study sekali. Untung sangat. Lagi lagi kalau both of them memang intelligent, I rasa anak anak diorang mesti pergh! UPSR 5A dapat kondominium. Tett! Ada juga yang pasangan diorang dari course yang lain. Boleh je study sekali tapi tak boleh bincang soalan la sebab yang sorang belajar pasal tanah yang sorang cerita pasal tepung. Tett! Tapi pasangan yang macam ni best sebab diorang boleh bertukar tukar pengalaman dan pengetahuan. Trust me. I dah belajar banyak pasal Civil Engineering sebab masa Muiz exam I yang study untuk dia.

Nampak macam seronok je kan? Rasa macam lepas diploma ni nak kahwin je. Hah! You olls tak tau cerita lagi kalau gaduh. Kalau boleh tikam, rasa nak tikam 7 kali. Ni la masalah kalau dapat lelaki yang cemburu buta ni. Cemburu tu boleh sebenarnya. Tapi bukan cemburu buta. Tak semestinya kitorang ni ramai member lelaki, kitorang suka kat diorang. Tau korang jealous tapi kalau boleh dengar dulu penjelasan kitorang ni. Lagi satu. Tak payah la nak canang 1 dunia kalau gaduh tu. Kita dua je tau dah la. Semua benda boleh bawa bincang kan. To be honest, sesetengah perempuan ni, lagi lagi I, makin korang paksa makin I tak suka. Makin rasa nak memberontak. So solution dia, biar semua pihak bertenang dulu. Bincang elok elok. Bila pasangan awak dah minta maaf tu terima la. Dia betul betul dah menyesal tu. Perempuan kalau dah marah memang tak boleh kawal. Sebab tu talak hanya lelaki boleh jatuhkan. Kalau perempuan ada kuasa, memang bercerai berai la cerita dia.

XOXO, ZHA.
Read More

Wednesday 13 November 2013

I IS BACK!

Assalamualaikum and hello there bloggers sekalian. Oh My God lama gila I tak menggedik, mencarut, merepek etc. dekat blog ni kan. Like seriously lama gila. One thing for sure there's too many things happened to me in the past few months. But screw that cause I need to shout out loud I MISS MY BLOG!!! *virtual scream*

Well as you guys dah tau dah one whole semester I duduk rumah. What? Expelled? No! I buat my internship dekat Hyatt Regency Kinabalu for 4 freaking months! So kira satu semester ni I menepek dekat rumah tapi still I don't have the time to update my blog. Busy la katakan. Orang yang kerja hotel industry je will know how busy it is. Seriously my day off I penuhi dengan sleeping time je. But whatever it is my internship was successfully done. Dah keluar result dah pun. Alhamdulillah peningkatan from time to time. InsyaAllah akan graduate on time. Wish me luck!

Gambar time jadi intern dulu. Yang lain semua chef. Sebelah kiri I chef dari Hyatt Regency Bandung and sebelah kanan I kitchen apprentice :)

I did went to Penang last 2 months if I'm not mistaken. Balik for few days je pun sebab nak submit report internship and sit for final exam. Siapa kata student Culinary senang lenang tak payah duduk exam?! Hello! Kitorang ni dah la ada report yang panjang berjela tu, ada log book lagi pastu ada 1 paper lagi and ada practical exam lagi dekat kitchen. Hah! Senang apanya? Stress mak tau. Tapi as I said it was successfully done. Phew! Anyway. Next week I balik Penang dah. 23 November 2013.

Gambar time balik Penang untuk final exam haritu. Lepas rindu dengan classmates :)

So lepas je I habis internship 4 bulan tu and after my final exam in Penang, basically I stayed at home like a good girl do. As usual la kan dah duduk rumah memang baking la cerita dia. So untuk semester break kali ni I buat bisnes sikit. Berniaga kek. Don't laugh. Ini punca pendapatan I tau tak? Sangat puas hati sebab Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Hasil jualan kek ni dapat juga shopping sikit. Beli baju, kasut, perfume Mariah Carey and body souffle Britney Spears. Wangi baq ang! Tak termasuk online shopping dan lain lain. Seriously boros gila time cuti kali ni. Haritu pegi KL shopping mak aihh... Abah sampai perli "Aik? Cukup dah ke? Tak nak tambah lagi?" setepek kat dahi.

Ini Snow Cheese Cake. Antara kek yang I jual time cuti ni :)

Last Saturday pula I hangout dengan sisters I. Seriously walaupun catch up sesh kitorang tak semeriah mana but for me it was still fun and memorable. BTW! Harini 13 November 2013 birthday kakak kesayangan I NOVADILLA!!! So birthday shoutout to my most wonderful sister from another mother and father Miss Novadilla! Happy 22nd Birthday sissy! I love you to the moon and earth back you know that. You know me more than anyone else does! Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, mendapat kebahagiaan dalam hidup and semoga mendapat jodoh yang baik. AMIN!!!

Gambar ni time catch up sesh dengan my sisters. Love them to bits!

So tu je kot yang I nak share this time. Tengok la nanti kalau ada benda nak share lagi I akan share!

XOXO, ZHA.


Read More

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena