being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Saturday 28 April 2012

Apam Polka Dot ♥

Ah'ha! Ini la punca kenapa zha tak dapat online dan update blog zha semalam. Si Apam Polka Dot. Teringat pula kat akak Syaza Yusra sebab dia tu Permaisuri Apam. Even nama dia kat dalam phone zha pun "UiTM Apam". Hahaha. Jangan marah eh ura kalau kau baca ni. Sayang kau! ☺

Kuih apam ni agak popular kan kat Semenanjung? Kalau kat Sabah lambat sikit. Orang masih baru lagi dengan apam ni. So memang advantage la bagi zha sebab orang sini anggap apam polka dot ni "rare" and zha sorang je daripada 10 orang maybe? yang reti buat apam ni. Ni la punca pendapatan zha time semester break ni hah. Hahaha. Alaaa tak susah pun sebenarnye. Zha je tu acah acah hebat.

Meh tengok gambar meh...

 yang atas ni sebelum kukus...
 selepas kukus jadi la apam polka dot ♥
 hasilnya... bersengkang mata menyiapkan tempahan orang...
 ni la antara apam yang berjaya dihasilkan...
 lagi...
dan lagi...

Hahaha. So itu je la eh? Enjoy tengok apam zha ni ☺
Read More

Alhamdulillah Syukur!

Ya Allah aku bersyukur dan berterima kasih yang teramat sangat kepada-Mu atas segala limpah kurnia yang telah kau berikan sepanjang satu semester aku kat UiTMPP.

Well well well. Setelah sebulan menanti dengan penuh sabar untuk result keluar, akhirnya keluar juga result tu. Pukul 3 pagi pula tu UiTM hantar e-mail kat aku -.-' hahaha. Btw sorry sebab zha lambat update kat blog. Nak update guane? Busy sokmo.

Jujur dan terus terang result zha takdelah seperti yang korang fikir. Apa yang zha boleh cakap result zha memang zha tak expect langsung dapat tinggi macam tu. Well zha target dapat 2.75 je tup tup tengok kurang 0.12 je lagi nak dapat dekan. Agaknye pak cik dekan belum nak bagi anugerah die kat zha lettew ☺

Apapun zha memang bersyukur sangat sebab zha masih berada di dalam barisan mahasiswi UiTM. Hehehe. Poyo je zha ni ek? Takpe. Dekan boleh kejar next semester. Yang penting semester ni takde yang nak kene repeat bagai. Betul tidak?

So TAHNIAH kepada kawan rakan sahabat yang berjaya mendapat dekan tu and for those who less fortunate we will always get the second chance so next semester use it wisely and all the best! ☺


Read More

Thursday 26 April 2012

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum. Hello. Hai. Whatsapp (pun boleh). Hahaha. Aku ni dah kenpe? Stress sangat result nak keluar ke? -.-'

Ya Allah! Cuakks weyhh bila fikir pasal result. Well sedangkan senior pun dah nervous kat Twitter tu apa lagi si zha yang baru first time nak dapat result kan? Tapi takpe. I did my very best masa final haritu diiringi dengan doa. So sekarang ni just tawakkal dan berserah kepada-Nya ☺

p/s : All The Best to all UiTM students ♥
Read More

Wednesday 25 April 2012

Thank You ♥

Wah! Sumpah terharu bila ada juga orang nak follow blog zha :') serious tak tipu. Hahaha. Thank you kak caza and asmida sebab follow blog ni. Korang antara followers yang pertama tau ☺

*poyo poyo je*


Read More

Tuesday 24 April 2012

I AM SINGLE ♥

Beri laluan kepada iklan ye... Zha just nak semua orang tau yang zha dah OFFICIALLY SINGLE ☺ So korang tak payah nak bermonolog sangat la.

"Mustahil la you single", "Laaa you single ke? I tak caye la". Tak caya sudah ☺

Kalau nak ngorat tu jadi la gentleman. I'm looking for a serious relationship bukan yang pakai buang. Hahaha. Apapun thanks untuk yang dah approach zha tu. Bukan zha tak nak tapi kita pelan pelan kayuh la eh? ☺

p/s : I'm in love with someone that is illegally mine ♥

Btw... Tak payah tanya how did I clash with my Ex okay? Bosan la. Hahaha.
Read More

Nice To Know You...

Bosan tak baca blog zha? Agak la kan? Hahaha. Zha pun dah bosan asyik ulang benda yang sama tapi nak buat macam mana. Kaum kerabat di Sabah ni masih nak tau story zha. So korang sabar je la membaca ye? Sambil dengar lagu Adele tu ☺

Hidup tempat orang ni takkan nak duduk sorang je kan? Lagipun dah lumrah tinggal kat kolej beramai ramai. Nak tak nak kena juga la berkomunikasi antara satu sama lain. As I said UiTMPP ni best especially kolej la. Selesa gile. Zha dapat Kolej Kristal A. Well dia lebih kurang macam apartment with 2 rooms, 2 toilets, small pantry, study table dan ampaian. Dalam 1 rumah tu ada 8 orang (setiap bilik 4 orang). Best gile. Hahaha. Di situ la bermulanya titik titik persahabatan kami terjalin... ☺

KA-5-09 ♥

Zha kongsi bilik dengan Niesa, Nana & Aida (Mek). Bilik kitorang agak panas sebab salah satu kipas dalam bilik tu slow nak mampus walaupun speed dah paling laju. Tapi zha tetap setia tau stay dalam bilik tu. Untuk bilik sebelah pula ada Poh, Nurul, Sue & Mia. Dorang memang setia gile kat bilik dorang tu. Hahaha. Tapi yang specialnya tentang rumah kitorang... Kitorang akan berkumpul setiap malam kat study table untuk study. Untuk gossip! Hahaha.

So inilah kitorang berlapan...

 gambar ni kitorang snap masa hantar Nurul balik... sumpah sedih sebab kitorang dah tak dapat jumpa Nurul lagi... dia budak Pra-Dip & dia takkan sambung Diploma kat Penang...

*kalau korang baca ni... zha nak korang tau yang zha rindu korang sangat sangat dan korang la yang zha paling sayang kat Penang tu*
Read More

Never Too Late...

"Never Too Late" for what? Hmm... Ye la. Dah habis satu semester baru zha dok busy nak story kat orang tentang hidup di perantauan. Well nak tak nak kena story juga sebab masih ramai kawan zha dekat Sabah ni yang tak tau perjalanan hidup zha selama 4 bulan di sana. Sana mana? Sana Pulau Pinang... ☺

The story begin...

First day pijak kaki kat UiTMPP pada 16 November 2011 and to be honest memang agak jakun juga la. Well... First time masuk Universiti kot. Kat Pulau Pinang pula tu. Hahaha. Anyway... Environment kat UiTMPP sangat best. Walaupun UiTMPP antara UiTM yang terkecil tapi lebih selesa compare dengan UiTM yang lain. Kolej kitorang gune lift. Ade Uni-Fi dan Wi-Fi merata tempat. Secured sebab CCTV's everywhere. Kau ade? Takde kan? Hahaha. So I guess I'm just lucky sebab dapat masuk UiTMPP ni ☺

Minggu Destini Siswa (MDS) or untuk lebih senang faham minggu orentasi takde la tough sangat. Well batch kitorang lucky sebab MDS tak strict. Balik kolej pukul 12 malam lepas tu bangun pukul 4.30 pagi. Kira okay la compare dengan batch senior. Lepas tu takde la nak ragging bagai. Abang & kakak PM cool je. Well to be honest memang ada yang menjengkelkan juga la tapi most of them boleh tahan especially ehem ehem abang ehem ehem PM ehem ehem. Hahaha.

Me will always be me. First week kat Penang sudah menempah musuh. Hahaha. Bukan aku yang nak. Dah orang yang tak suka aku nak buat macam mana kan? Kisah Lapan! Well normal la tu segelintir kaum Hawa yang iri hati dengan aku. Sebab apa? Sebab aku popular sangat masa MDS. 2 - 3 kali naik pentas. Mewakili Siswi untuk baca ikrar kat depan Rektor pula tu. Memang dorang cemburu habis la kan. Tapi zha tak kisah sebab... Zha memang jenis yang tak kisah ☺

Antara peristiwa yang berlaku masa MDS :


  1. Dibenci oleh Kaum Hawa
  2. Diusik oleh Kaum Adam
  3. Jatuh Cinta ♥ (dengan housemate ye jangan salah faham)
  4. Renggang dengan Ex Boyfriend
So ini la antara gambar masa MDS...

 Niesa and Poh ♥
 escape kejap masa ceramah ☺ Dewan Besar sejuk sangat...
 sementara menunggu...
 dan menunggu lagi...
Senam Seni bersama PERSADA ☺

Itu je la yang mampu zha share. Nak story lagi tapi macam dah panjang sangat. Hahaha.
Read More

Bismillahirrahmanirrahim...

Testing 1 2 3. Okay rasanya blog ni dah function kot. Well well well... Hidup baru so blog pun kena baru juga la. Hahaha. Buat blog baru ni bukan apa. Sekadar nak hilangkan rasa bosan. Semester break ni je la zha ada masa nak menulis kat blog. Itupun terpaksa la tunggu lewat malam sebab kalau siang memang takde masa la cite dia kan. I know I know... Lame kan baru sekarang nak ber"blogging"? Hahaha. Takpe la. Kalau korang bosan then tak payah baca. Kan senang? Life is easyBut thanks untuk korang yang sudi meluangkan masa untuk baca blog zha yang tidak la seberapa ini. Enjoy yourself!
Read More

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena