being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Monday 24 December 2012

STRESS MUCH!

Assalamualaikum and hai korang! Oh My God like seriously lama gile tak update my blog isn't it? I MISS TO WRITE! Last haritu update yang I dah sampai Penang. And guess what?! Post kali ni I tengah HOLIDAY! I know right? Time flies so fast. Sekarang ni kitorang tengah "mid sem break" merangkap sekali sebagai cuti Krismas. And I as usual kalau cuti setakat 1 week ni memey dok aihh nak balik Sabah. Bazir duit je. Bukan duit I tapi duit abah I. Well tipu la kalau kata I tak nak balik. Nak memang nak tapi macam membazir sangat ticket sampai 1k tapi balik 5 days je. Hmm. Whatever.

So sepanjang 3 minggu I dekat Penang tu macam berbagai macam dah benda yang I lalui. OMG korang! Baru 3 minggu penat I tu dah macam 13 minggu tau. Air mata ni ntah berapa baldi dah mencurah curah. Bukan sebab homesick tapi sebab stress. Yes! STRESS!

Antara punca dan sebab I stress :

  1. I kena terlibat sama dalam pemilihan dan membimbing pelapis AJK untuk Kelab L'Art De Chef. Penat kot turun meeting menghadap muka budak budak yang tak berapa nak budak lagi tu. Pfft!
  2. I jadi Chef Of The Day (COD) untuk kitchen Comm dan Asian on the same week. Yes! ON THE SAME WEEK! 2 DAYS IN A ROW! Aaaaaah! Gile tak gile!
  3. Okay basically I stress sebab COD tu je. Hahaha. Ye la. Nak fikir menu, nak cari resipi, pastu nak run benda tu. Dah habis nak buat report pula.
So cuti kali ni I kena settlekan COD Report. *sigh*

Tapi tak student la kalau tak stress kan? Betul tak? Haaa. See? Tak bermakna kitorang student Culinary Arts ni asyik tau nak masak kat dapur je. Masak tu takde hal. Nak memikirkan benda sebelum dan selepas masak tu yang challenging. So don't underestimate the Culinarians okay? Okay. Kalau nak cerita satu per satu pasal kisah I menjadi COD ni memang panjang berjela la jawabnye. Ya Allah! Kitchen I tu dah macam tongkang pecah tau tak? Budak budak kelas I tu berlagak! Berlagak tau semua benda! I hate them! SO MUCH! Sabar Zha sabar. Tak nak cerita pasal diorang. Buat I sakit hati!

So setakat tu je lah I share kali ni. Nanti I will get back to you bila I dah free sebab sekarang I busy siapkan report COD I.

Xoxo, Zha.
Read More

Saturday 1 December 2012

New Journey Begin...

Assalamualaikum and hi you olls. Okay. Guess what? I'm in Penang already. Oh Em Gee! I CANNOT BELIEVE THIS! *jaw drop* Walaupun entri I semalam agak emotional (mana tak emo update blog sambil nangis), I tetap menguatkan diri untuk terus melangkah maju kehadapan. Cehh. Confident! Hahaha. So lemme tell you what had happened today.

Flight I pagi tadi pukul 0720. So as usual bangun awal pagi and rushing pegi airport sebab rumah I jauh dari KKIA. Kena bertolak awal dari rumah. But nasib baik I dah check in awal so takde la rushing mana pun sebenarnye. Hehoheho. Whatever! And then check in luggage and everything pastu sampailah detik perpisahan dengan parents I. OMG OMG! Tak nak cite sebab nanti nangis *sobs*. And then fly to KL untuk transit for almost 1 hour baru bertolak pegi Penang lagi. So sampai Penang tadi around 1145 in the morning.

Nasib menyebelahi diri I bile I terserempak dengan sekumpulan budak Sabah & Sarawak. Diorang sedang cari orang untuk join diorang balik sekali ke kampus. So tanpa berfikir panjang I follow them sebab it's way WAY CHEAPER berbanding dengan naik taxi. Well. Takde orang dapat ambik I dekat airport so I kena balik sendiri. And I kena buktikan dengan semua orang yang I boleh survive tanpa kawan kawan I! Kitorang pun balik UiTM beramai ramai (15 orang).

Sampai kampus terus pegi daftar ambik kunci and everything. And guess what?! I got the SAME HOUSE, SAME ROOM, SAME ROOMIES AND EVERYTHING! OH MY GOD! Just my luck! But not so lucky sebab housemate tak balik lagi. Ade yang dah balik pun keluar dengan family masing masing. So yes, I'M ALL ALONE! *tears*

Luckily I terserempak dengan my Twitter pal @kewetttt kat FC Nilam dengan geng geng Sabah dia (which I know them also) so borak la dengan diorang kejap. Ngehehehe. Pastu diorang ajak pegi hantar member diorang balik Mutiara (kolej luar kampus) and terus pegi makan. So sekali lagi tanpa berfikir panjang I follow juga. Hehehe. Ini adalah untuk mengelakkan rasa bosan I yang dah mencapai tahap dewa! Alang alang dah keluar pegi JJ tu I pun beli la toiletries I sekali. Nasib la ade budak budak ni teman. Aww so sweet of them :') *padahal tak kenal rapat pun sebenarnye* Then balik. Tu je la. Hahaha.

So now I'm all alone in my room tak tau nak buat ape. Perut pula rasa lapar. Hmm. Tahan je la sampai esok. Nak tengok bola malam ni Harimau Malaya vs Garuda tapi macam takde rezeki je. Pasrah! Nak unpack barang barang semua kat bilik Ura dengan Poh (IT'S LOCKED) so tak dapat nak tunaikan hasrat tu. So nampaknye malam ni aku tengok katil, katil tengok aku la ye. Kawan kawan yang lain silalah datang kampus cepat cause I AM BORED TO DEATH!

Zha, xoxo.
Read More

Friday 30 November 2012

Goodbye!

Assalamualaikum and hi korang. As I said I akan update my blog for the last time before I fly back to Penang and tadaaa! This will be my last night in my hometown Kota Kinabalu, Sabah. Esok pagi I dah kena balik Penang. Flight pukul 0720 in the morning. Ya Allah. Aku sangat tak bersedia nak balik.

Tak tau kenapa, mengapa dan bagaimana hati I ni terasa berat je nak balik Penang. It's unusual. I don't know why I dah rasa homesick sekarang padahal still kat rumah lagi. And memikirkan yang I akan keseorangan esok kat Penang buat I lagi rasa tak nak balik. Semua orang sampai Penang hari Ahad. I'm all alone. *tears*

Barang barang dah siap packing (finally!) tinggal nak berangkat je lagi. Bilik pun dah kosong balik. I'm so gonna miss my room like SERIOUSLY! I'm so gonna miss my home and everything. Paling penting. I AM DEFINITELY GONNA MISS MY PARENTS, SIBLINGS AND BABIES! Who's gonna call me "Maya" in Penang? I'm so gonna miss that :'( *burst into tears*

I can't update more cause I can't even think of anything right now. I just wanna hug each and everyone in this house. Anyway. UiTM Dihatiku. Wait for me!

Zha, xoxo.
Read More

Thursday 29 November 2012

It Comes To An End

Assalamualaikum and hello everybody. Few days tak update blog rasa macam dah tinggal lama. Mesti rindu kan? Rindu cakap rindu. Tak baik menipu. Hahaha. Whatever it is. I IS MISSING MY BLOG! Tapi bile dah menghadap laptop ni tak tau nak luahkan ape pula. Actually banyak je bende nak share but then tak terkeluar pula. Apapun I will try my best untuk keep on updating my blog and if you think it's boring you may click the exit button. Be my guest!

So. 1 day left till my semester break ends which means Sabtu ni I dah kena fly back to Penang. WHAT?! Holiday dah habis?! So unbelievable and unacceptable. Rasa kejap gile cuti kali ni. Tak puas lagi nak stay dekat Kota Kinabalu dah kena balik Penang. Sobs! Usually I akan rasa excited nak balik but not this time and this is all because of my timetable yang macam haremmm. I bet it's going to be an exhausted and hectic semester for me. Ugh. Can I just skip this becoming semester? Help me!

Tak nak tak nak pun kena balik juga. Kena packing barang juga. So basically I'm halfway done packing. Tinggal few things yang kena masukkan dalam beg *as usual beg penuh* yay me! Harini pun sangat penat sebab dari bangun pagi dah start mengemas bilik. Seriously I rasa macam I buat clearance kat bilik I sendiri. I cuci tingkap, menyapu, vacuum and everything. 1 word I must say "Satisfaction". Yes! My room is now officially clean and zero rubbish. Woohoo! Beat that people!

Persediaan untuk next semester pun so far takde masalah. Resume untuk Latihan Industri *bahasa mudah - practical* pun dah settle tapi tak tau la betul ke tak. Hahaha. Takpe. Balik Penang nanti bincang balik dengan coordinator tengok ape yang kena betulkan. OMG OMG! Rasa diri ini dah dewasa sebab uruskan resume sendiri. Aww baby girl dah nak masuk alam pekerjaan *mimpi*. Diploma tak habis lagi ade hati nak kerja. Semeseter 3 ni pun tak lepas lagi hah.

Resume nak minta kerja :)

I have to admit yang perasaan excited nak balik Penang tu memang ade sebabnye nak jumpe my girls, my boys, friends and of course sayang. Hehehe. Itu haruslah! Lagipun 1st December tu kitorang genap 2 months. Aww sayang. I really can't wait to see you! Tapi kan tapi kan. Balik Penang nanti ni I sorang sorang. Dah la takde sape nak ambik I kat airport, sampai kampus pun girlfriends takde sebab diorang pegi Sedim. Bapak sedih! M pun tak sampai Penang lagi Sabtu tu. So I nak lepak dengan sape je? Sobs! Not a good start for a new semester I guess? Haihhh. Nasib nasib. Tapi takpelah. Dugaan seorang student kan? Pasrah!

Hmm... Tak ade ape lagi yang nak sembang. Nanti sebelum balik I akan try lagi untuk update blog ye? Stay tune!

XOXO

Read More

Sunday 25 November 2012

Anger Management

Assalamualaikum hello hi hey! Oh Em Gee. Malam ni sangat semangat nak update blog sebab ape? I don't know. Terasa nak melepaskan segala kemarahan dan keghairahan kat blog malam ni. Wah gitu. Hahaha. Jadi, moh le kite lihat ape yang I nak share kali ni.

I tersangatlah bengang and agak emotional la sikit dengan match between Malaysia vs Singapore for the AFF Suzuki Cup 2012 just now. Bukan nak menjatuhkan Skuad Kebangsaan ke ape. But the game was just so bad. I have to admit la bukan senang nak main bola tu kan and I know our players memang dah cuba buat yang terbaik for our country but then there was a lot of careless mistakes yang memang... Haihhh. Tak tau nak cakap ape lagi dah. Bukan nak blame skuad kite je. Nak blame sekali coach kebangsaan si RajaGobal tu hah. Ntah pape je la yang dia latih dengan budak budak tu. Tak habis habis dengan eksperimen dia. Nak jadi scientist cakap. Tak payah susah susah jadi coach kebangsaan.

Selamanya Harimau Malaya

But. Despite all the careless mistakes and disappointing match. I still believe in our Skuad Harimau Malaya. I still have faith and put my trust on them. I know they can do it like they did before. Hopefully next match diorang akan bangkit dan mengaum semula. All The Best Tiger! *lepas ni I dah boleh jadi commentator sukan*

Anyway. Lupakan cerita pasal bola sepak dulu. I nak cerita pula pasal M ni hah. Oh Em Gee. Kitorang gaduh lagi last night untuk kali yang ke 137103856201! Eeee tak habis habis la kitorang ni bergaduh. Macam Tom & Jerry dah aku tengok kitorang berdua ni. Ugh! I tak tau nak cakap ape lagi dah. Sakit hati je kalau nak fikir balik.

M ni memang hardworking guy. I have to admit that. Tapi keje sampai takde masa untuk family, girlfriend and paling worst diri sendiri tu susah juga. Ntah la. I ni kan perempuan. Of course I need attention especially from my boyfriend. Tapi kalau boyfriend asyik busy memanjang, balik pun dah lewat malam dah penat nak tido mane I nak dapat attention? Hmm. Okay. To be honest, sometimes I ni pun jenis yang mendesak but all I want is his time. That's all. I'm lonely and I'm bored. Takde tempat nak luah perasaan and nak bermanja. How I wish dia faham perasaan I. Yang I tak tahan tu. When it comes to his friends, sampai 2-3 pagi pun sanggup stay up tau. Tapi untuk I je memang dia akan penat. Menci menci menci!

Lepas tu tau nak marah I bile I texting dengan orang lain. Okay memang tak patut juga la I buat camtu but then I texting dengan sape je? I text my buddyz Mr. F. I'm sad and he's there. At least F sanggup teman I sampai pukul 3 pagi tau just to make sure that I'm okay. He tried his best to make me happy again. And he did it. I do feel happy :') *suke lettew orang puji awak*

I dah tak tau nak buat camne lagi dah. All I can do is sabar, sabar and sabar. I really hope that all these will worth the wait. Tak sabar nak buka semester baru. Tak nak duduk jauh jauh lagi dah. *okay baru sedar yang cuti dah nak habis. uwaaaah!* I really hope that you will understand me. Will you?

Zha, xoxo.
Read More

Friday 23 November 2012

Too Much!

Assalamualaikum and hai you guys. Guess what? Blog I kini berwajah baru. Woohoo! I am so excited about this. Even URL I pun I dah tukar. So lepas ni you guys kena cari blog I balik tau. Dah tak boleh search guna URL lama. Sorry sangat sangat sebab menyusahkan. But this time I nak buat blog I more simple and slightly shows my maturity. With new title and brand new look buat I lebih bersemangat nak update blog lepas ni. Cehh. Semangat la sangat. Well. Kalau dekat rumah boleh la nak curi masa untuk update blog. Kalau kat Penang memang tak dapat la der. Dengan line broadband yang macam haremmm and dengan WiFi kat Kristal B macam... Okay. Tak boleh mencarut. No no no! So apapun I tetap akan update blog I ni selagi I mampu. Promise!

So what's the story this time? Kali ni I nak story pasal someone that I care too much until I hurt myself. Pergh! Hahaha. Macam funny la pula I cakap camtu. But it's the truth. Do you guys ever care for someone that much and he or she just never realize it? It makes you feel unappreciated. Neglected. What else? Hmm. To be honest. I selalu terperangkap dalam masalah macam ni. I'm the type of person yang senang sangat nak sayang orang. That's my biggest problem in life. Seriously. Sometimes I cursed myself for being super stupid. I trusted people easily. I cared for them. They left and I'm hurt. Poor me or f*ck them?

I met this person in Penang. Obviously in UiTMPP. Hahaha. Takkan I nak make friends dengan strangers kat Penang tu pula kan? So yes. We did have a good time together. He always be there for me when I need a shoulder to cry. He never failed in making me smile. One simple thing I can describe about him is he's like a brother to me. I love him as much as I love my brother (well of course I sayang abang I lebih la). I care for him and I will always do my best to make him happy. Kalau pasal gaduh tu memang pernah la. Once or twice maybe. Kitorang jarang gaduh but I don't know where is the mistake. Things changed.

Now I feel like I lost him. Yes, he's thousand miles away from me (due to semester break) tapi takkan la tak boleh contact langsung kan? Facebook, Twitter, BBM, Whatsapp semua tu boleh jadi source untuk stay connected. I don't see any effort. I memang cuba cari dia. I akan cari topik so that kitorang ada ongoing conversation. Unfortunately no respond. Mesti korang tau feeling dia bila orang tu tak nak cakap dengan kite kan? Some sort of unease feelings. Haaa. Macam tu la I rasa bila dengan dia. He pushed me away. Seems like he's trying his best not to get attached with me.

Pelik kan? How can someone who used to be so close to you suddenly become a stranger. I just hate that. Sometimes I macam tak nak kenal dia but I have no regrets at all for having him in my life as a good friend of mine. I just hope he'll never forget me. He'll love me as much as I love him and care for me as much as I care for him. Nak tulis panjang lagi tapi tak sanggup pula. Hmm.

Zha, xoxo.
Read More

Wednesday 21 November 2012

2011802084

Assalamualaikum and hi you olls. Okay. I'm supposed to publish this post this morning but time doesn't let me do the publishing. Jadinya post ini tertunggak sehingga malam. But it's alright. Keinginan untuk I update blog masih ade. Hahaha. Lagipun post I kali ni based on permintaan someone that I don't really know well. Acano tu? First time dalam sejarah sepanjang I menulis blog ade orang request nak I post pasal dia. But his story and mine was quite interesting (interesting la sangat) so rasanya okay kot nak tunaikan permintaan dia tu. Kan F kan? *senyum comel* Hahaha. Kalau korang bosan or malas nak baca silakan tekan butang X kat atas belah kanan tu ye. Tapi F awak kena baca sampai habis sebab awak yang suruh saya publish post ni. Hmph!

Did I mention yang I ni ramai kawan? Oh yes I did. It was on the last post. Hahaha. Okay. I mengaku I memang ramai kawan and most of them are boys. Unfortunately I have a problem in recognizing people's faces. Seriously. Sampai ade yang cakap I ni sombong la ape la. Padahal I memang susah nak cam muka orang you olls. Percayalah! Kalau boleh semua orang I nak tegur tapi apakan daya otak I tak mampu nak mengingat setiap sorang yang ade kat dalam kampus UiTMPP tu. *sigh* Lagi satu. Dekat Facebook I ramai je student UiTMPP yang add I jadi friend and I accepted. Ye la. "Campusmate" la katakan. Hahaha. So without knowing them I just confirm them as a friend. Including our Mr. F here. Hehehe. Bila F add I jadi friend kat Facebook pun I tak tau. Tak pernah kenal. Tak pernah tegur even dalam Facebook. Weird much? Hahaha.

Cerita bermula dekat Perlis time I join Kursus Pengurusan Organisasi (KPO). Short info pasal kursus tu is kursus tu khas untuk Majlis Tertinggi kelab dan persatuan. Woot woot! I pergi kursus tu as a Bendahari untuk Persatuan Seni Dan Budaya you olls. Kelas kau Jah! Hahaha. Anyway. It was fun. I met a lot of new peoples. Make new friends and I was the center of attraction at that time. It feels like kembali ke zaman MDS where everybody knows me. Seriously. Kena bahan sepanjang kursus. And it's all because I orang Sabah. Ugh! Interesting part is F was there too! Tapi obviously I tak kenal dia. I don't even know dia tu pernah wujud dalam friends list kat Facebook I. So kursus tu berakhir tanpa terjadi apa apa. (except for I jadi popular selepas kursus tu. *sigh*) Hahaha.

Then hari hari I berlalu seperti biasa. Class, class and more classes. Until one day I ade kitchen class. Time tu kitchen pastry. Minggu tu kitorang buat Oreo Cheese Cake, Blackforest and Cream Caramel. Final exam kitchen okay? Hahaha. As usual selepas kitchen class product yang dah siap boleh bawa balik. And I don't know why haritu I nak sangat bawa balik product group kitorang. Usually I takkan bawa balik. Never! So I pun bawa la balik 3 kotak kek. Kebetulan masa tu nak pegi FC Intan sebab ade training Persada. So I pun ikut jalan belakang hotel. Jalan tu sumpah gelap. Memang scary. UiTM ni kedekut nak pasang lampu terang terang. Pfft! Pastu tetibe ade suara jantan yang datang dari mane ntah tegur I. OMG sumpah scary! Dah la tak bagi salam tetibe nak cakap Sabah pula dengan I. And then I was like... "Okaaay. Mamat ni tau dari mane aku orang Sabah?"

Ah'ha! Dari KPO. Dah agak dah. Budak budak KPO memang suke bahan I. Hahaha. Si mamat ni tegur ape tau? Tegur I bawa banyak kek. Ingatkan nak cakap I comel pakai baju kitchen ke. Hahaha. Okay perasan. Then I dengan baik hatinye bagi la kat mamat tu sekotak Oreo Cheese Cake sebab I pun dah tak sanggup nak bawa banyak banyak kek. Sedekah tu kan amalan yang baik. Hahaha. Mamat tu sangat comel sebab dia tersipu malu bile I bagi kek. Aww :') Tak lama selepas tu notification BB bunyi. Ade orang tag gambar. Gambar ape? Gambar Oreo Cheese Cake tadi. It was F!

Time tu la segala persoalan bermain di minda. Hahaha. What a small world kan? (memang small pun kampus UiTMPP tu -.-') F dah jadi friend I kat Facebook dah lama dah tapi I tak pernah tau pun. Sweet la juga F buat camtu. Terharu sebab kek tu takdelah cantik mane and takdelah sedap mane tapi dia tetap post gambar tu kat Facebook (Instagram pun ade). Hahaha. Then bermulalah kisah kitorang yang sebenar. Macam tu la sebenarnye kitorang jadi kawan. Well. Of course lepas tu kitorang ade tukar number phone. Hahaha. Oh and we did bumped once dekat kitchen. Comel je orang tu pakai jaket fakulti. Student EE rupanya...

F and I have a trademark. Trademark kitorang comel and takde sape boleh tiru okay? Hahaha. Trademark kitorang yang iklan Digi Buddyz tu. "Takkan Terpisah". Haaa. Ade makne tau benda tu sebenarnye. Kitorang bukan saje saje nak cakap benda tu. Kenapa dan mengapa kitorang cakap takkan terpisah sebab mane ade I situ ade F. F la ni yang sibuk nak tiru orang. Hahaha. Mula mula kat Facebook. Lepas tu kat Foursquare. Hah! Yang Foursquare tu pun I tak tau bile je dia add jadi friend. F ni memang magic. Hahaha. Pastu kat Twitter and akhir sekali kat Instagram. Blogger takde ke bang? It's like almost every social network kitorang connected. Isn't that sweet? Aww F :') But! He's just a friend of mine okay? Jangan salah anggap pula. Hahaha.

So that's it. Nothing much. I really hope yang kitorang akan jadi kawan and terus berkawan. Hehehe. I like him. As a friend of course. And F next semester awak kena datang serving class orang tau. Hahaha. Puas hati tak cite pasal awak ni? Penat tau perah otak fikir nak tulis ape pasal awak. See you soon and orang still tunggu ganjaran nama penuh awak tu!

Lots of love, Zha :)
XOXO
Read More

Tuesday 20 November 2012

What Goes Up Must Come Down.

Assalamualaikum and hello readers. Okay. Blog dah berdebu. Cerita dah menggunung tapi I tak story lagi kat you olls. Mesti rindu kan? Tak? Okay fine. Let me just continue with my stories. But promise me you guys won't get bored. Ngeh!

So. My last update was on 3rd November 2012. Pastu I menghilangkan diri sebabnye I balik Penang you olls. Yes. PENANG! Sebab ape? Sebab join Culinary Team untuk Penang Beach Carnival. Benda tu takde yang menarik pun I boleh cite. Obviously kalau dah Culinary mestilah pasal masak kan? So I assume korang dah faham la ye. Hehehe. But! Yes. BUT! I terpaksa balik Sabah sebab ade hal yang tak dapat dielakkan. Family I jatuh sakit akibat serangan virus musim tengkujuh. Said Mr. Doctor lah. I don't know lah cause I'm in Penang lah at that time. Virus bukan sebarang virus tau. Agak teruk juga family I kena you olls. My 1 year old nephew sampai masuk emergency ward pukul 3 pagi. Amekkaw leleh air mata kiah mak bila dapat tau berita tu. Lepas tu mummy pula diserang sejenis penyakit yang agak kronik sehinggakan kitorang terpaksa bawa berubat cara kampung sebab ubat hospital takde effect langsung. Agak agak korang kalau dah berubat secara tradisional tu... Korang faham sendiri la ye ape penyakit tu. Hmm. Tapi apapun syukur Alhamdulillah mummy dah beransur pulih dan dia dah boleh jalani kehidupan dia yang normal. Dah pergi berzumba dah petang tadi. Tuuu diaaa.

Kehidupan I seperti biasa iaitu menguruskan hal hal rumahtangga walaupun I belum ade rumah apatah lagi tangga untuk diuruskan sebenarnye. Ngeh. My job as usual is to babysit my two adorable yet stubborn niece & nephew at home. Babysitter tu dah memang full time job. Part time job pula jadi tukang masak. Orang kat rumah request nak makan ape then I yang kena masak. WHAT IS THIS?! Tapi atas sebab minat yang mendalam dalam dunia masakan I accepted their challenges. Hehehe.

Bla bla bla. Itu ceritera I kat rumah. Sekarang I nak story pasal ape yang sepatutnya I story kali ni. Back on track! Tapi ape yang I post ni sekadar luahan hati I sendiri. Rasanye tak perlulah ade pihak yang nak besar besarkan hal ni kan kan kan? Jaga tepi kain sendiri sudah. Tak gitu?

So. I ni ade ramai sangat kawan. Tapi mane satu kawan yang ikhlas berkawan dengan I tu... I have no idea. I think ramai je orang yang fake sekarang ni. And to be honest I pun sometimes fake juga. Tapi dengan certain people je la. Hohoho. Lebih baik jujur daripada berpura pura kan? Anyway. Cerita pasal kawan. Ade la sorang member I ni. Kitorang ni boleh dikatakan close friends juga la. But one thing I don't like about her is she likes to copy me. Bukan la nak perasan ke ape. Tapi mostly things that I said, done, and whatever mesti dia akan buat benda yang sama. It doesn't seems right somewhere isn't it? Kalau korang kat tempat I pun mesti korang akan rasa tak comfortable. So. Benda ni I tak ambik hati lagi. Well small things like this takkan nak besar besarkan sampai nak jadi gaduh kan? Kite nak dah besar. Dah masuk UiTM. Tak main la nak gaduh gaduh. Tak matured la derr. Hahaha. Tapi. Everyone have their own limits right? Sometimes kalau perbuatan kau tu dah melampaui batas sape je yang sanggup nak bersabar.

For the records. I'm the type of person yang tak suke sangat sangat apabila barang kepunyaan I diambil or dipakai sesuka hati tanpa meminta kebenaran I terlebih dahulu. I HATE THAT! I mean... Sape je yang suke kan barang dia kena pakai suka suki tanpa permission? So member I ni ingat dia member I dia boleh sesuka hati pakai barang I tanpa minta permission I. Even benda kecik pun when it is so called MINE, you should ask for a permission before you use it. Yang I tak puas hati, dah la pakai barang I tanpa minta permission, mulut kurang ajar pula tu. Deyyy! I rase nak sepak je dia time tu. Nasib I ni jenis yang tak suke nak create scene. Sabar zha sabar.

Tapi benda dah lepas kan, so I malas la nak perbesarkan hal ni. I hanya mampu berbicara kat blog je la. Luah perasaan kat sini pun dah cukup. Hahaha. Apapun nasihat I untuk member I tu. Jangan la kita lupa diri ye wahai sahabat. Kita takkan selalu berada kat atas. One day awak akan berada di bawah and pada masa tu takde sape akan pandang awak lagi. Sekian, terima kasih.

Okay. Dah luah satu story. Hahaha. Baru perasan cara penulisan kali ni agak gedik. Kisah lapan. Whatever. I don't care. I'll get back to you guys okay? Later!

Zha, xoxo.
Read More

Saturday 3 November 2012

Thoughts

Assalamualaikum and hello readers. Alhamdulillah zha masih lagi bernafas dan berpeluang untuk mengupdate blog pada malam ini. Okay. Agak formal di situ. Well. Screw the formality and let's get back to the mission.
Cehh. Acah acah agent 007 la pula kan. Ni pengaruh wayang la ni. Khusyuk sangat tengok Skyfall petang tadi dengan mummy dan abang tersayang. Movie tu sangat best. Boleh bagi 5 bintang.

 #Skyfall #JamesBond #007

Okay. Tutup kes 007 sebab korang boleh tengok sendiri movie tu. Tujuan sebenar update blog malam ni sebab hati terdetik nak menulis. Hahaha. Ye la kan. Nak menulis blog ni pun kena ada mood dan idea. Kang aku merepek kat blog ni kaki aku dapat. Ye dok?

Entah kenapa, mengapa dan bagaimana aku tetibe je nak cerita pasal personal thoughts. Usually benda camni aku simpan sendiri je. Well. Since ada blog apa salah berkongsi kasih dan meluahkan isi hati dengan blog kan? Hahaha. Blog aku suka hati aku nak mencarut apa. Tak suka boleh blah tak payah buang masa nak baca pastu kutuk kutuk aku. Ape je korang dapat kalau kutuk aku? Buat korang sakit hati je kan? Pastu tak pasal pasal dah dapat dosa. Haaa. Cuba hang pikiaq.

Kalau anda, anda dan anda nak tau. Aku ni ada kisah silam yang tak berapa nak syok la. Aku tak pernah cerita benda ni kat blog sebab aku rasa buang masa nak tulis pasal kisah ni. Tetapi memandangkan kisah ni ada kaitan dengan kisah yang aku lalui sekarang. Aku kena cerita. Sebelum masuk UiTMPP aku ni dah taken. Bukan taken yang movie tu tau. Taken means in a relationship. Hahaha. So aku bahagia dengan hidup aku masa tu. Almost 3 years we've been together. He's 2 years younger than me (dia ambik SPM tahun ni - all the best!). We were seriously in love until I got accepted by UiTM. Things were running smoothly until something happened between us. Okay. Why we broke up tu memang aku tak boleh nak share sebab tu sangat sensitif and personal. Macam macam benda jadi lepas tu. We're strangers now.

Agak lama aku membujang selepas kejadian itu. Hahaha. Seriously. Almost setahun juga la membujang sebab phobia dan trauma melanda jiwa. Jadi untuk berada dalam relationship tu agak susah untuk aku. Bukan nak membanggakan diri aduhainye pun ter ber. Tapi ramai je lelaki yang nak try aku. Some are serious and some are don't. Most of them belongs to the "don't" group. So memang tak la aku nak couple kan kalau dengan yang main main? Aku bujang dan terus membujang sampai la peperiksaan dalaman UiTM semester Jun - Nov 2012 berlangsung. Haaa. Agak menarik di situ. Well at least for me. Duhh!

*kisah aku dengan dia tu simpan untuk entri yang akan datang. hihihi*

Alhamdulillah sedar tak sedar dah sebulan juga la aku dengan dia ni. Tapi sebulan tu penuh dengan cabaran dan dugaan kalau korang nak tau. Bukan senang nak tempuh. Hahaha. Air mata ni memang beberapa kali jugalah keluar. Tapi adat la tu dalam relationship kan? Gaduh gaduh sayang. 1 November 2012 yang lepas kitorang genap sebulan. It's a good start I assume. I'm hoping that there will be next months and many years to come. Amin. Kan sayang kan? Hahaha. But now things start to get tougher. Fights and tears are most likely become our best friend. And this long distance make things become harder for us. Things that I'm afraid of happened. I must say both of us sangat ego. Hahaha. Despite the fights and everything, I know he loves me so much and he's afraid of losing me. And I, on the other side, honestly feel the same. I really hope that our relationship will always standing this strong. Hehehe. Much love sayang. xx

So tu je la kot yang aku mampu share. Hahaha. Kalau ada nak share lagi nanti aku buat entri baru. Sebab semak aku nak campur semua story dalam satu entri. Tak gitu? Hopefully my friends out there yang tengah hangat bercinta tu pun kekal la ek. Amin.

Truthfully, zha.
XOXO
Read More

Saturday 27 October 2012

Time Flies

Assalamualaikum dan hello hello bloghearts. Ah'ha! Mesti anda, anda dan anda terkezut dengan adanya entri terbaru saya. Ye la. Dah 2 bulan lebih kot aku tak update blog aku ni. Aku rase blog aku ni dah ibarat suci dalam debu. Hahaha. Pun boleh. Okay takde kaitan. Let's proceed to our main point. Cehh. Acah acah essay BEL nak main point bagai. So ape yang aku nak story mory untuk entri kali ni? Aku pun tak tau. Kalau ikutkan dalam kepala aku ni, banyak je yang aku nak tulis tapi kan, bile aku dah menghadap laptop aku ni aku tak tau nak mulakan dari mane. So kite langgar je la ek?

Yang pertama... Aku dah tamat semester 2 aku kat UiTMPP tu. Mesti korang macam "OMGeee! Like seriously?!" kan? Okay tak. Sebenarnye aku yang camtu. Hahaha. Ye la. Rasa baru semalam aku berpijak di bumi Pulau Pinang tu sekali tengok dah nak setahun kot aku bermastautin kat situ. Rasa masa tu berlalu dengan begitu pantas. Ye dok? Lagi setahun aku akan belajar kat UiTM (insyaallah kalau takde subject repeat. tak nak repeat. amin). Sebab ape setahun? Sebab lagi setahun aku akan pergi ke Latihan Industri atau lebih senang panggil je praktikal. Tak payah nak acah acah industri mende tah. Dan masa tu terasa berlalu dengan cepat sebab kitorang dah pun mula mengisi resume untuk praktikal nanti. Lagilah aku rasa macam "Eh. Bapaklah cepat nak isi semua ni. Aku dah nak pegi praktikal ke?" Hah. Lebih kurang macam tu la ape aku rasa. Korang kene tengok ekspresi muka aku sekali baru korang akan faham dengan lebih mendalam maksud aku ni. Hahaha. Okay back in track. Hah. Cerita pasal praktikal tu kite sembang nanti je la ea memandangkan semester depan aku masih lagi menyemak kat kampus tu. Jangan risau.

Macam macam dan bermacam hal yang berlaku sepanjang aku semester 2 ni. Jujur sem ni tak semeriah sem lepas sebab sem lepas seniors and housemate semua havoc. Sem ni ade kurenggg cket la bro. Meriah tu meriah tapi takde umph! Hahaha. Aku pernah cite aku gaduh dengan budak kelas en? Kes tu dah ok dah. Diorang dah insaf kot. Kot la aku tak tau. Tapi yang penting diorg dah tak ganggu hidup aku lg. Aku dah boleh menjalani kehidupan aku sebagai seorang siswi dengan tenang. Alhamdulillah.

Sejujur jujurnye... *hopefully mummy tak baca blog aku* semester ni aku lebih berjimba berbanding study. Hahaha. Aku tau perkara tu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Aku sendiri takut sebab aku banyak sangat main dan have fun sampai study kurang. Aduhainye pun ter ber. Yang paling aduyainye pun aku banyak kali pegi over the night. As usual niat untuk study kat mcD Perda akhirnya bertukar menjadi berjimba di feringghi, gurney dan lain lain tempat kat pulau. Ish3. Ade la sedikit penyesalan di situ. Hahaha. Tapi yang bestnye aku dapat la sedikit sebanyak meng"explore" negeri Pulau Pinang itu. Pastu aku dapat menyimpan memories aku dgn orang orang yg turut serta dlm aktiviti over the night aku tu. Contoh paling sweet aku boleh bagi aku dapat overnight dengan kebal for the first and the last time :') last sebab kebal dah takde sem depan. Dia pegi praktikal kat KL. Ni la kalau jd budak hotel ni. Praktikal tu adalah satu kewajipan bagi kami. Sobs.

Aku ade story pasal The Girls tapi tu aku kene simpan untuk next entri sbb story tu agak mendalam. Kene ade entri khas. Hahaha. Lagipun story kitorg banyak elemen sedih so tak nak la campur dlm entri ni. Kang ade yg leleh susah lg nak pujuk. So itu je kot yang aku nak update utk kali ni. Aku tak boleh nak focus dah sebab aku tgh sembang dgn member. Hahaha. Aku akan cuba dan cuba sedaya upaya aku utk update blog aku ni dari semasa ke semasa sepanjang cuti sem aku kali ni. Aku agak busy kalau siang. Biasalah hidup seorang tukang masak, babysitter dan suri rumah bukan senang ye puan puan. Hahaha. Nampak tak komitmen aku di situ? So aku akan tetap cari masa okay?

Sekian, terima kasih.


*acah acah ade tandatangan*
Zhahirah Binti Ismail
Presiden Kelab Syok Sendiri


Read More

Tuesday 21 August 2012

Cerita Di Aidilfitri.

Assalamualaikum dah hello hello semua! Cehh acah acah lama tak menulis en? Padahal baru setengah jam yang lalu update entri baru. Hahaha. Tapi kali ni zha lagi bersemangat berblogging. Sebabnya :

  1. nak story pasal Riang Ria Aidilfitri
  2. tengah dengar lagu raya sekarang ni
  3. *krik krik krik*
Okay sebelum zha merepek dengan lebih lanjut let's proceed. Hmm...

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah harini dah masuk 3 Syawal. Cepat je masa tu bergerak. Tapi dalam 3 harini macam macam dah cerita yang terkeluar dari mulut masing masing. Hahaha. Well. Dah setahun sekali satu family berkumpul memang riuh rendah la cite die. Macam dah nak roboh rumah nenek aku ni hah.

Family + Family = HAVOC!

Raya pertama tu as usual abah gi solat Raya kat masjid (masjid sebelah je dengan rumah nenek). Pastu sementara dorang tengah solat kitorang yang ladies ni masak and then bersiap cantik cantik. Tunggu punya tunggu abah dengan pakcik dan cousin pun balik dari masjid (yang ladies dah prepare dekat sofa nak proceed aturcara wajib). Sampai je dorang semua kitorang pun berkumpul dan bermaaf maafan satu family (luntur eyeliner kiah sebab nangis). Hahaha. Settle semua tu kitorang pun tunggu sedara yang lain untuk datang. Open house 1st day raya memang kat rumah nenek.

Bila semua orang dah sampai memang havoc la rumah nenek aku. Bayangkan ada 10 orang yang macam zhahirah (gelak kuat, bercerita dengan penuh semangat, LOUD) mana tak riuh raya kan? Hahaha. Semua orang memang excited nampak aku balik kampung. Ye la dah 2 tahun aku tak balik kampung kot. Macam macam soalan la yang dorang tanya... Soalan paling famous "ada sudah boyfriend kau irah?". Hahaha. Letih aku letih! Yang paling tak boleh blah belum sempat aku jawab dorang yang tolong jawabkan. "Jangan jangan kau kahwin sama anak mami". Tuuu diaaa. Kahwin teruihhh. Aku hanya mampu gelak...

Seperti biasa raya memang banyak open house. Dan lumrah open house kita akan makan. So equation untuk raya...

Raya = Open House = Makan = Gemuk

Raya kedua pergi melawat rumah cousin pula. Sekali lagi seluruh ahli keluarga (orang yang sama juga macam kat rumah nenek) berkumpul dan buat kecoh kat rumah Kak Tam. Memang kitorang suka buat kecoh kat rumah orang. Hahaha. Tapi bukan selalu dapat kumpul ramai ramai macam ni. Lagi lagi aku ni hah yang dah la tinggal kat Kota Kinabalu, study kat Pulau Pinang lagi. Memang tersangatlah jarang dapat jumpa dorang semua. So di rumah Kak Tam ada lah sesi "duit raya". Yang tak bestnya sesi tu kena beratur mengikut umur. Aku antara orang yang tertua kat situ sebabnya ramai sangat anak buah dan cousin yang lebih muda. Aduhainye pun. Paling tak boleh blah Kak Tam suruh aku kahwin supaya dia dah tak payah nak bagi aku duit raya tahun depan. Dah la tahun ni tak masyuk sebab umur dah meningkat, nak suruh aku kahwin pula supaya tak dapat langsung tahun depan. Ape ni ape ni?! Hahaha.

Raya tahun ni aku asyik dikaitkan dengan soal kahwin padahal umur baru 19. Ish. Diorang ni dah kenape. Aku boyfriend pun takde lagi. Nak kahwin mende. Muda lagi kot. Banyak benda lagi aku nak settle dalam hidup ni. Nak kumpul duit lagi. Study tu Insyaallah nak sampai master pastu jadi lecturer kat UiTM. Hahaha. Angan angan. Kahwin? Kalau jodoh dah sampai kahwin la. Kalau tak sampai lagi tunggu je la. Allah knows best :) Lagipun dah bincang dengan abah dan mummy. Aku nak kahwin dengan lelaki pilihan diorang. Malas nak cari. Hahaha.

So itu je la aku yang aku dapat conclude untuk entri kali ni. Nanti sambung story pula kat KK before balik Penang (nak cepat sebab nak mandi). Hahaha. Salam.
Read More

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan hai semua. Korang sihat tak? Hopefully semua sihat walafiat disamping orang tersayang. Insyaallah.

So Ramadhan dah pun meninggalkan kita untuk tahun 2012 ni. Rasa kejap je masa tu berlalu. Entah kenapa dan mengapa pemergian Ramadhan tahun ini memberi impak yang besar untuk diri zha. Zha rasa sebak dan sayu bila berakhirnya Ramadhan haritu. Mungkin sebab Ramadhan tahun ni zha sambut dalam suasana yang berbeza. Ye la 1st time puasa kat perantauan, dengan kawan kawan baru dan paling penting juadah berbuka juga berbeza dengan yang di Sabah. So memang banyak sangat kenangan untuk Ramadhan kali ini.

Dah dah dah. Tutup cerita Ramadhan sebab sekarang ni dah Syawal! Hahaha. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang zha dibenarkan balik ke Sabah untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Mesti korang pelik dengan ayat "dibenarkan" tu kan? Haaa. Sebenarnya plan asal zha dengan mummy dan abah ialah zha akan beraya di Perak bersama Pipoh dan keluarga dia. Memang dah buat agreement. Tapi anak mana yang tak nak balik kan? Raya kot! So zha pun pegi la check ticket kat Air Asia yang mahal nak mampus tu! (ticket raya zha harga RM634). Tanya abah dia setuju tak kalau zha nak balik. Bincang punya bincang. Akibat terlalu sayangkan dan rindukan "baby girl" dia ni. Maka abah pun setuju bagi zha balik Sabah.

And now tadaaa! Here I am! I'm back in Sabah for Aidilfitri. Orang dok BBM, Whatsapp tanya "suke tak dapat balik?". Memey ar. Cue cite sape yang tak suke dapat balik rumah untuk beraya? Gapo dio mu ni. Hahaha. Tapi since cuti tak lama (mohon UiTM bagi cuti extra untuk bebudak Sabah Sarawak) so cuti raya ni tak berapa nak best sangat lah. Lagipun zha spend separuh daripada cuti ni kat Sandakan (kampung girl) jadi tak berapa nak rasa sangat cuti tu.

Apapun zha mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk kawan kawan dekat Semenanjung and Sabah Sarawak serta seluruh umat Islam di dunia. Zha minta maaf kalau zha ada buat salah silap, terkasar bahasa, terlanjur perkataan dan menyinggung perasaan sesiapa. Minta maaf sangat sangat. Harap dimaafkan la ye :)

So to my friends and everyone out there, drive safely, have fun and enjoy your Hari Raya! Salam.
Read More

Sunday 22 July 2012

Terus melangkah... Alhamdulillah!

Assalamualaikum you olls. Fuhh! Dah berhabuk blog zha ni berzaman tak update. Well keadaan tidak mengizinkan. Put the blame on WiFi too! Dah la broadband zha macam tak function kat dalam kolej ni. Asyik takde line je. Bengang aku bengang! Apapun zha akan sentiasa mencari waktu untuk terus meng"update" blog ini.

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih zha tempuh semester 2 kat UiTMPP ni. Of course zha lalui banyak ups and downs sepanjang sebulan lebih kat sini. Boleh dikatakan zha banyak melalui tough weeks. Ade crisis dengan budak class. Sentap menyentap dengan orang sekeliling and banyak lagi. Tapi benda remeh ni bukan penghalang untuk zha terus melangkah ke hadapan.

Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran zha, Allah sedikit demi sedikit menjauhkan zha dari hal hal yang sedemikian. Hari hari zha semakin ceria seperti biasa. Hehehe. Back to the usual Zhahirah la katakan. Tak banyak yang zha boleh update kali ni. Actually banyak yang zha lalui tapi nak cite satu per satu tu memang korg akan bosan la nak menghadap blog zha ni.

So sebelum terlambat zha nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kawan kawan!
Read More

Thursday 14 June 2012

Teruskan Langkah...

Assalamualaikum and hello hello! Korang sihat tak? Rindu zha tak? Tak? Takpe la. Janji zha rindu korang and blog kite yang comel ni. Hahaha. Korang ape cer? Ade ape ape yang berlaku tak? Apepun yang terjadi zha harap korang harungi dengan tabah.

Cube teke? Kite dah semester 2 la. Hebat tak? Hahaha. Kite dah seminggu kat Penang ni hah. Tu yang takde masa nak update blog. Line kat Kolej Kristal B ni kan sumpah mengundang dohh! Haram patah betul! Susah gile nak online. Nak gune WiFi pun slow macam siput. Tapi takpe la. Janji ade tempat tinggal kan?

So first week kat sini memang dah start busy. Class agak pack tapi yang best Jumaat takde class. Hahaha. Happy tak? Paling penting first week kati sini duit keluar mencurah curah macam air terjun hah. Aduhainye pun ter ber. Tapi takpe. Study bukan berjoli. Hahaha.

Tapi kan. Semester ni homesick zha agak teruk la berbanding semester lepas. Mungkin sebab environment dah tukar. Agak serabut sikit la fikiran. Hahaha. Tapi zha kene la stay strong kan. Teruskan berjalan. Pejam celik pejam celik masa tu cepat je berlalu.

Dan ape yang paling penting zha ade kawan kawan zha kat sini. Ade The Girls yang 24 jam dengan zha. Ade The Boys yang selalu teman kitorang. And ade PERSADA yang dah macam keluarga zha kat sini. And kitorang akan ke Negeri Sembilan minggu depan. Jealous tak? Hahaha.

Ape lagi eh? Hmm... Itu je la kot. Dah tak tau nak cakap ape. Bosan tahap dewa. Ok bai!

p/s: missing my seniors last semester.
Read More

Monday 4 June 2012

Another Step Should Be Taken...

Assalamualaikum saudara saudari readers yang tersayang. Beberapa hari zha tak update blog dah rasa rindu. Ye la. Tak lama lagi nak hit Penang memang dah takde masa nak update blog lagi. Kalau kat kampus memang jarang sangat zha online. Busy dengan kelas, aktiviti, koko dan macam macam benda lagi la. So hari hari  terakhir kat Sabah ni mai ler kite update blog ni sehabis mungkin. Hahaha.

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan zha bercuti. Nak masuk kampus nanti ni rasa macam freshie pun ade juga sebab dah lama sangat tak pijak kampus. Aigooo. Masa awal cuti hari tu bukan main eager lagi nak balik Penang cepat cepat. Sekarang cuti dah tinggal 4 hari baru rasa nak extend cuti tu lagi. Ye la. Nak balik Sabah bukan dekat. Sodih hah hati den ni. Sayu bebeno nak tinggal family sekali lagi. Tak suke tak suke!

But one thing for sure ceq pegi Penang tu BUKAN nak menggatai dengan mamat mamat kat situ. BUKAN nak bersuka ria bersama cornflakes ke ape. Zha pegi situ nak study. Nak laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak. I wanna achieve my goal. Walaupun terpaksa jadi perantau zha kene juga lalui semue ni. Jadi barang sesiapa yang menuduh diriku ini lu silap besar bro!

Time really good at flying... Macam baru semalam zha jadi adik paling kecik dalam UiTM tu hah. Sekarang dah ade junior yang lagi kecik dari zha. Kalau boleh tak nak besar. Nak stuck kat semester 1 je. Best gile. Hahaha. Tapi apapun itulah realiti yang zha and semue orang kene hadapi. Meningkat usia tu kan mandatori. Kalau jadi matang mandatori tak? Tak. Jadi matang tu optional. Sendiri mau fikir la!

Haihhh. Macam macam lagi benda zha nak cerita tapi not this time la. Sekarang ni tengah hujan. Kalau layan lagu Home ni memang boleh lena ar cite die kan? Hahaha. So apapun. Good luck untuk adik adik yang sedang menjalani Minggu Destini Siswa. Welcome to UiTM zha ucapkan! Untuk kawan kawan zha dan seniors tak sabar nak jumpe korang 9 Jun nanti. See you in 4 more days!

*btw. zha tengah bengang sebab iCress tak keluarkan jadual lagi. bikin panas tau?!*
Read More

Thursday 31 May 2012

Selamat Tinggal Mei!

Time really flies. Harini hari terakhir kita kat bulan Mei tahun 2012. Cepat je masa tu berjalan kan? Ni bukan berjalan lagi ini dah berlari. Rasa macam baru je balik Sabah haritu dah nak balik Penang lagi. Excited memang tak dinafikan la. Excited sebab ape? Sebab nak jumpe The Girls and kongsi cerita semester break kitorang. Lepas tu excited sebab nak join aktiviti Persada next semester. Dah tekad tak nak balik Sabah awal awal.

So ape yang korang dapat rumuskan untuk bulan Mei tahun ni? Bagi zha bulan Mei kali ni simple je. Zha happy sebab sepanjang cuti ni orang tu ade untuk zha. Bukan setakat orang tu la. Yang lain pun ade juga jangan risau. Korang tetap dihati. Cewah! Hahaha. Apapun semoga bulan Jun akan datang ni akan menjadi lebih baik dari bulan bulan yang sebelumnya. Kan? Yang penting my one and only brother akan balik Sabah bercuti esok. Happy sangat sebab dah lama kot tak jumpe die. Tapi malangnya die balik Sabah zha pula yang kena balik Penang. Sedih! Dapat spend time dengan die berape hari je.

hah! ni la yang berlaku bila dah bosan sangat. menyambut kedatangan bulan Jun.
Read More

Harapan?

Assalamualaikum and hello readers. First of all zha nak cakap thank you so much cause korang sudi meluangkan masa untuk membaca entri zha yang sebelum ni. Aww omel omel je korang ni ye. Tak sangka ramai juga yang bagi feedback. Apapun teruskan support zha okay? Sebab zha ni bukanlah blogger hebat yang popular sampai nak masuk rancangan Nona ntah pape la kan. Korang je la supporters zha. Tu pun promote dekat Facebook and Twitter. Sounds desperate? Kisah pula aku!

So korang nak baca tentang apa pula kali ni? Tentang bulan nak? Tak nak?

Untuk entri kali ni zha nak share something yang agak "common". Ah'ha! Tapi before zha menulis dengan lebih panjang, zha nak minta maaf kalau ade la sesape yang terasa hati ke terguris perasaan ke dengan entri zha kali ni ye? Sorry! So back to business.

"Too much hoping hurts". Setuju tak? Hmm... Zha pun dah serik dengan benda benda yang berkaitan dengan harapan ni. Well it's true nothing is impossible and miracles can happen tapi ade juga benda yang tak menjadi seperti yang kita harapkan. Sebagai contoh kita datang KFC dengan semangat yang berkobar kobar nak makan ayam Hot & Spicy end up ayam dah habis. Kecewa tak? Itu soal perut tau. Kalau soal hati lagi parah!

Hati kita dah jatuh baik punye kat si dia rupanya dia dah ade couple bro! Hati ni hancur berkecai bukan setakat patah seribu tau tak? Well memang salah diri sendiri juga sebab jatuh hati kat orang yang dah "Taken"... The problem is... Orang tu pun layan kita special sangat. Message nak sweet sweet je. Memang cair la cite die kan? Aduhainye pun ter ber.

Tapi takpe. Pasti ade hikmah kan? So sesape yang dalam situasi ni zha harap korang bersabar. Takpe. Kalau dah jodoh takkan lari punye. Chillax!
Read More

Tuesday 29 May 2012

The Untold Story ❤

She woke up that morning with a sweet smile on her face letting the world know that she's happy...

That night she was busy surfing the net without noticing that it's already 1.30 am in the morning. Her eyes just didn't let her sleep that night. Without compromising she clicked the shut down button and off to bed.

She was about to closed her eyes then suddenly her phone rang. "1 message received". Just a simple goodnight wish from him with a little note *kiss on your forehead*. Without thinking she replied and also with a little note *hugs*. He replied with one word "huggles". She let it sank and continue her attempt to sleep.

16 minutes later another one word text message received. "Bebeh..." and the conversation started.

He's missing her so bad and she feels the same too.

In their conversation he kept on telling her how much he wanna hug and kiss her, how much he wanna keep her warm. He wished that he were there sleeping next to her. He told her...

Boy : You're my precious 
Girl : And you're mine 



She told him that she's afraid that he might forget her later.

Boy : I won't.
Girl : How can you be so sure?
Boy : Because I won't. Will you?
Girl : Of course I won't. You're the best thing ever happened to me :)

The conversation stopped when both of them fell asleep.

Good things come when you least expect them. If you love someone, love hard.




Read More

Sekalung Penghargaan!

Assalamualaikum saudara saudari cikebom cikebom. Alhamdulillah zha masih lagi berkesempatan untuk menulis blog kali ini. And thank you so much untuk korang semua yang setia membaca blog zha yang tak seberapa nak comel ni. Serious terharu tak tipu bile korang bagi feedback lebih lebih lagi Poh. Siap nangis nangis lagi baca blog zha ni hah. And thank you juga untuk yang bagi idea tu. Insyaallah kalau ada masa zha akan tulis tentang ape yang korang nak baca okay? Korang boleh je request kat zha. PM je zha kat Facebook. DM kat Twitter ke. Kat memane la yang korang boleh refer zha. Then zha akan fikirkan tentang topik tu okay? Mudah saja!

Happy Reading Everyone!
Read More

Monday 28 May 2012

Bagaikan Sakti ♥

Cinta datang tanpa diundang,
Seumur masa tercipta,
Dia datang bagai sakti,
Bagai menyaksi mekar kembang pagi.

Ura selalu pesan kat The Girls "pelan pelan kayuh". Thanks to Ura sebab cogan kata dia tu zha jadi lebih kuat dari hari ke hari. Hahaha. Tak boleh copy paste tau! *zha sayang kak yong sangat sangat*

So entri kali ni pasal ape pula? Mesti korang ingat zha ni asyik nak jiwang je kan? Jiwang ke? Ntah la. Zha tak rase pun yang zha jiwang. Hahaha. Usually blog zha ni zha tulis based on true story. Kejadian kat sekeliling la dipendekkan cerita. So kalau korang nak label zha ni minah jiwang ke, poyo ke, ntah pape ke lantak korang la. Ada aku kisah kan? Kisah lapan!

Nampak tak phrase kat atas colour merah tu? Korang faham tak? It's just a simple phrase yang dipetik dari lagu Dato' Siti Nurhaliza dan M.Nasir. Tapi tak tau kenape zha tertarik sangat dengan ayat tu. Simple but meaningful. Sesuai sangatlah dengan orang orang yang desperate sangat nak cari couple. Untuk yang dah berpunye tu Alhamdulillah jodoh dah sampai. Untuk yang belum berpunye tu... Why rush? Jodoh tu kan di tangan Allah. Tak percaya kat Allah ke sampai desperate sangat nak cari pasangan ni? Bukan nak membuka aib sesiapa kat sini tapi zha agak terkilan tengok adik adik yang kat bangku sekolah lagi tu sibuk nak bunuh diri la ntah ape bende je yang dorang mengarut. Umur baru je 13 ke 15 tahun dah nak cintan cintun. Zha pun dulu ade Cinta Monyet juga tapi takdelah sampai nak bunuh diri bagai time clash tu. Relax sudah! Patah tumbuh hilang berganti bro. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!

Itu yang budak high school. Yang dah besar panjang ni pun ade juga. Zha paling tak suke la mamat mamat yang tak faham bahasa ni. Asyik nak memaksa kita untuk terima dorang. Ish ish ish! Sabar la abang oii. Kalau dah jodoh tak lari punye. So janganlah asyik nak memaksa sebab orang perempuan pun pandai rimas. Lemas! Kalau boleh biarlah cinta tu datang sendiri. Ikhlas dari hati. Tak gitu? Paling penting hormatilah keputusan si dia tu ye.

On the other hand. Untuk kes macam zha ni... Bak kata Ura "pelan pelan kayuh" tu amatlah sesuai. Mungkin belum sampai masa lagi kot. So zha akan sabar menanti jejaka idaman zha itu. Takpun zha ikut je cakap mummy. Cari lelaki orang Sabah. Tak payah pergi jauh jauh. Betul juga kan? Hahaha. So apapun korang fikirlah.

dapat jersey Belanda dari Abah ku sayang 

Assalamualaikum.
Read More

Change...

Assalamualaikum and hello readers. Nampak tak perubahan di situ? Blog zha berwajah baru. Ade Mr. OWL di situ ye. Happy 3 Friends bertenggek kat atas pokok tu hah. Comel tak? Comel kan? Hahaha. Ade unsur paksaan kat situ.

Okay. Motif zha upgrade blog zha ni... Takde motif pun. Saje nak memeriahkan suasana. Template sebelum ni agak "lame" kan. So takut korang bosan pula nak baca blog zha. Jadi zha pun ubah la here and there untuk keselesaan umum.

Tapi korang nampak tak permainan dia kat situ? Sedangkan blog pun ade perubahan kan? Apatah lagi manusia biasa macam kita semua ni. Bukan nak berlagak pandai. Zha just nak bagi pendapat je itupun dari sudut positif. Kalau korang rasa benda tu baik maka baik la jadinya ye.

Zha tak nak la sentuh ape ape isu yang sensitif. Zha just nak orang kat luar sana berubah la ke arah kebaikan. Kita ni umat Nabi Muhammad S.A.W. Dah akhir zaman dah weyhh. Zha pun dulu ade juga termasuk dalam zaman jahiliah tapi Alhamdulillah pintu hati dah terbuka setelah merantau kat tempat orang.

So korang renung renungkan dan selamat beramal!

*teringat kat UiTM yang sentiasa Mengubah Destini Anak Bangsa*
Read More

Thursday 24 May 2012

CINTA?

Siapa sangka seseorang yang tidak dikenali dahulu boleh jadi seseorang yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Bagi remaja belasan tahun yang masih muda dan mentah jatuh cinta merupakan perkara biasa dan normal dalam kehidupan. Siapa yang tak pernah ada "crush" kan? Tak kisah la kat high school ataupun universiti. Beruntunglah bagi yang ada "couple" tu. Well. Couple takpe jangan sampai ke lembah yang tak elok sudah! So dari Muqaddimah ni agaknya korang pun dah tau la entri kali ni tentang apa. Tentang apa?

CINTA.

Poyo je nak tulis pasal cinta. Umur baru setahun jagung. Budak hingusan. Hahaha. Mesti korang gelak baca entri kali ni. Tapi takpe. Entri kali ni berkisarkan tentang kisah yang terjadi di sekeliling kita. Masa cuti semester ni macam macam cerita cinta yang masuk kat dalam telinga ni hah. Musim ke? Tak tau la kan. So bagi yang terasa dirinya berada di dalam situasi yang sama tu sepuluh jari ku mohon maaf jika entri kali ini agak menyinggung perasaan.

CINTA JARAK JAUH.

Zaman sekarang teknologi dah maju. Boleh Skype, IM, Message, BBM, Whatsapp, Viber dan banyak lagi lah! So kalau korang nak kata Long Distance Relationship itu susah memang tipu. Memang susah bila kita tak dapat nak bersemuka dengan orang yang kita sayang tu but if we put trust and faith, believe in our partner, everything will be doing fine. Cuti semester kan boleh jumpe? So siapa yang bagi alasan cinta jarak jauh tu susah that means pasangan kita tu memang dah tak sanggup nak tunggu kita and bagi yang ditinggalkan tu... Cuba korang fikir. Baru berjauhan sikit dah putus asa. Agak agak kalau korang sakit nanti dia nak tak jaga korang kat hospital? *zha pun putus sebab ni la. tapi takpe sebab ex boyfriend zha tu dah ade pengganti pun.*

CINTA PAKSAAN.

Tidak semua orang alami cinta macam ni. Pelik memang pelik. Wujud juga orang yang main paksa paksa ni. Hey hey hey! Hati dan perasaan mana boleh main paksa. Kita kena ikhlas dan jujur bila menyayangi seseorang itu. Tak guna kalau kita terima seseorang itu tapi kita takde perasaan kat dia kan? Tak nak la build relationship atas dasar keterpaksaan. Korang kena faham situasi orang yang korang suka atau minat tu. Mungkin dia tak rasa apa yang korang rasa. Korang tak boleh la nak main paksa paksa. Mungkin dia dah ada target dia sendiri. So apapun korang kena respect orang tu. Macam mana korang suka atau minat orang tu pun, if he/she's not the one, then he/she's not the one. Tak gitu? *ramai lelaki buat zha macam ni. tak suke la. rimas!*

CINTA KONGSI.

Ni kongsi gelap ke ape ni? Amboi nak main kongsi kongsi pula ye. Ingat ni mainan ke korang nak main kongsi kongsi. Sedangkan mainan pun korang tak nak kongsi dengan orang lain inikan lagi buah hati korang. Sakitnya hati bila dapat tahu wujud orang ketiga dalam relationship kita. Tak kisah la lelaki atau perempuan, bila kita dah diduakan hati mana yang tak sakit kan? Bagi orang orang ketiga dan orang orang yang menduakan di luar sana. Korang cuba la fikir sikit perasaan orang yang korang dah tikam tu. Tak baik meruntuhkan masjid orang ni. Apapun ingatlah what goes around comes around. Tak mustahil benda yang sama akan terjadi kat diri korang. Fikirkanlah. *ex boyfriend zha buat macam ni. tapi tak kisah pun.*

CINTA SAMPAI DISINI.

Sampai disini? Kenapa? Korang pernah tak rasa... Macam mana korang suka, minat dan sayang kat orang tu pun, korang tahu yang korang takkan dapat orang tu? Susah nak explain perasaan tu. Lebih lebih lagi bila kita dah banyak sangat memories dengan orang tu. Semakin susahlah kita nak lupakan dia. Kadang kadang tak semua benda yang kita nak kita dapat kan? Kadang kadang sesetengah cerita tu lebih baik jika tidak diceritakan. Kadang kadang ada benda tu lebih baik jika dibiarkan macam tu. So cinta sampai disini ni rasanya lebih baik kalau kita just biar dia macam tu. Biarlah kita dengan perasaan kita sendiri. Biarlah hubungan tu cukup sekadar Teman Tapi Mesra. Tak dapat orang tu tapi sekurang kurangnya dapat macam macam pengalaman dengan dia. Itupun dah cukup bagus kan? *zha dalam situasi ni sekarang. speechless.*

So itu je la yang dapat dikongsi bersama untuk entri kali ni. Moral of the story...

CINTA KEPADA ALLAH SWT ADALAH YANG SEBAIK BAIKNYA.
Cintailah Allah kerana Allah sentiasa mencintai kita. Jodoh pertemuan kan ketentuan-Nya. So tak payah risau sebab Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk umat-Nya.

Assalamualaikum.
Read More

Thursday 17 May 2012

Oreo Cheese Layered Cake ♥

Assalamualaikum and hello people. Korang sihat tak? Kalau yang tak berape nak sihat tu banyakkan berehat dan minum air tau. Zha pun baru je baik sakit. Sakit ape? Migrain je. Hahaha. Cuaca panas sangat sekarang kat Sabah. So kena banyak berehat dan minum air.

Sakit sakit juga. Makan tetap makan. Betul tak? Mummy zha pesan, selagi kita masih boleh makan, kita makan je sepuas puasnye sebab nanti bila dah sakit satu bende pun kita takde selera nak makan. Betul tak? So bagi yang takde selera nak makan tu, mai ler tengok entri zha kali ni. Zha ade post baik punye untuk korang.

 Ah'ha! Ini bahan bahan untuk buat Oreo Layered Cheese Cake. Korang perlu ade :

  1. 500 gram Cream Cheese (pilih jenama Tartura ataupun Philadelphia sebab sedap)
  2. 1 1/2 cup Castor Sugar (bergantung dengan kemanisan yang korang nak)
  3. Full Cream Milk
  4. Biskut Marie (perisa Cappuchino agar kek lebih yummy!)
  5. Oreo

Step 1 : Kisarkan Cream Cheese sehingga dia dah tak berketul

Step 2 : Masukkan Castor Sugar dan teruskan mengisar

Step 3 : Masukkan Full Cream Milk sedikit demi sedikit (jangan sampai adunan cair tau! agak agak)

Step 4 : Selepas adunan dah siap dikisar, korang boleh la masukkan ke dalam balang

Step 5 : Cara nak buat layer tu korang letak adunan cheese tadi kat lapisan bawah sekali, then susunkan biskut Marie kat lapisan kedua dan begitulah seterusnye sampai habis...
*biskut Marie tu dicelupkan ke dalam Full Cream Milk yang suam sebelum disusun ke atas adunan*

Step 6 : Taburkan Oreo yang telah dikisar kat bahagian atas kek

Step 7 : Bekukan kat dalam peti sejuk selama beberapa jam (depends dengan tahap beku peti sejuk korang tu, kalau dah keras boleh la keluarkan dan makan)

(sorry sebab Step 4 - 7 takde gambar, tangan kotor tak sanggup nak pegang phone)

Tadaaa! Inilah cheese cake zha yang tak seberape nak cantik ni. Tapi serious sedap. Hahaha.

So korang try la. Simple je buat bende ni. Hehehe. Selamat mencuba 
Read More

Monday 14 May 2012

Define Boredom?

Assalamualaikum dan hello people. Syukur Alhamdulillah zha masih berpeluang untuk meng"update" blog zha yang hanya ada 5 followers ni je. Hahaha. Pun begitu zha tetap nak ber"blogging" sebab selain daripada si blog ni zha dah takde tempat nak meluahkan perasaan dan juga keboringan zha ni. Zha dah anggap blog ni macam kawan baik zha sendiri. Ececeh. Poyo je nak touching eh. Hahaha. Ok dah dah. We are far from the track dah ni. Let's begin our story.

Our story? Ke my story? Hmm... Itu yang susah nak jawab tu. Nak kata "our" tapi dia macam tak terlibat je dalam kisah aku ni. Zha rasa zha ni dah macam syok sendiri. Tapi dari awal lagi zha tau yang zha ni syok sendiri sebab... "I'm in love with someone that is illegally mine".

Apa maksud zha cakap macam tu? Well. Zha tau yang memang mustahil untuk ada "something" between kitorang. Atas sebab sebab tertentu la yang zha rasa biarlah rahsia. Tapi yang zha hairan. Hati, perasaan, otak dan fikiran still juga ada nama si dia ni. Tak tau la kenape.

Kenape ek? Mungkin sebab apa yang kitorang dah buat sepanjang 5 hari tu kot. Korang jangan fikir yang bukan bukan tau. Takde benda pun yang kitorang buat. It's just sweet memories yang zha susah nak lupa la. The way he put me to sleep. He treat me like a baby. Bawa zha dari satu tempat ke satu tempat. Siap bawa pegi Straits Quay lagi. One of the most beautiful place in Penang. Pergh! Bapak cantik dohh tempat tu. Serious tak tipu.

Tapi malangnya it lasts only for that moment. Lepas zha dah menjalani cuti semester ni kitorang dah macam renggang. So zha pernah terfikir juga why did he treated me so nice and then after that leave me just like that? Aku ni tempat dia berhibur dan melepaskan rindu je ke? Rasa marah memang jangan cite la kan. Sabar je la sebab aku tak boleh blame dia juga. Aku yang in love. Dia anggap aku macam kawan biase je kot.

Kawan biase? Itu yang aku tak faham tu. Setiap kali message asyik nak manje manje je. Lepas tu siap bagi poem masa birthday haritu. Ya Allah aku nangis kot masa baca poem tu. Sumpah terharu gila kentang! So what do you expect? Memang aku cair la cite die kan? Tapi zha kena juga lawan perasaan ni. Memang rindu gile gile kat dia tapi kalau boleh tak nak la fikir sangat. Dipendekkan story "Move On".

So ape yang zha nak cakap kat sini. Zha akan sentiasa sayang dia walaupun zha tau yang tidak ada ruang sedikit pun kat dalam hati dia tu untuk zha. Takpe la. Zha fikir pasal dia dan memories kitorang je pun dah boleh buat zha tersenyum. So zha tak kisah. Zha nak dia happy and berjaya dalam ape pun yang dia buat. Satu je zha harap... Dia tak lupa zha and kenangan kitorang.

MZAM 
Read More

Saturday 12 May 2012

Merepek ke Meluahkan?

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Macam pembaca berita kat TV1 je. Poyo-ness betul. Hahaha. Apapun terima kasih daun keladi kepada followers yang masih sudi membaca benda mengarut zha ni. So nak cite ape meyhh kali ni? Kalau zha nak merepek boleh? Korang ON kan je la eh?

Okay benda pertama yang zha nak share... Laptop zha dah pulih seperti sedia kala. Setelah sebulan zha terpisah dengan laptop akhirnya kami dipertemukan kembali. Alhamdulillah. So sekarang ni zha tengah berblogging gune laptop la ni. Dah tak gune desktop. Nak jerit boleh? Hehehe.

Benda kedua yang zha nak share... Zha rasa agak terharu bila ade juga insan yang senasib dengan zha. Senasib ape? Hmm... Kitorang sayang orang tu tapi kitorang dapat rasa yang orang tu tak sayang kita. More or less macam tu la senarionye. Hahaha. Zha agak lega bila zha mengadu kat dia and dia faham perasaan zha sebab dia pun ada kat situasi tu. Siapa dia? Hahaha.

Oh. Bukan zha sorang je tau yang patah seribu hatiku. Ahli Persada yang lain pun ade juga patah seribu. So kitorang sebulat suara menubuhkan Kelab Patah Seribu kat Twitter. Official tau. Dah siap ade carta organisasi gitu. Hahaha. Tapi ape yang zha nak cakap kat sini, zha happy sangat bila ade ecah, kak caza & ira tweet zha. Tak tau la kenape tapi bila dengan diorang zha rasa macam zha dengan adik beradik zha sendiri. Bonding between ahli ahli Persada tu sangatlah awesome. Selain daripada The Girls, ahli Persada la family zha kat Penang tu. Jealous tak? Hehehe.

Zha ade benda lagi nak share sebenarnya tapi simpan untuk entri seterusnya. Hehehe.

baru balik dari kenduri kahwin.
Read More

Monday 7 May 2012

Congratulations Papa ☺

Kompang dipalu pengantin baru... Duduk bersanding tersipu malu... Ewah! Siapakah pengantin baru itu? Yang pastinya bukan zha. Hahaha. Well. Belum kahwin pun lagi. Zha saje nak buat jantung korang dup dap dup dap ☺

Tahniah zha ucapkan buat Papa Nik Shahril iaitu Penasihat Akademik kitorang a.k.a Chef yang paling kitorang sayang diatas pertunangan beliau. Congrats Papa! Semoga dipanjangkan jodoh & berkekalan sehingga ke akhir zaman ♥

comel je chef ni ☺

p/s : Chef... nanti bila tiba detik yang dinanti tu jemput la budak budak DCA ek? jadi kitchen helper pun boleh ☺
Read More

5 May 2012 ♥

"I may not you know and I may not you like,
Yet I may not your special,
Though I may not your someone then I may not your everyone,
For which I am simple,
I am poor,
I am ugly,
Which yes! I am bad.
Just me being me,
Just no one knew,
Just creating something different,
Just so you remember me not like you remember others."

It's the least I can do to make it special,
I can't give you anything you like,
So I want to be the last to wish you on your special day.
Maybe it's nothing but that's the only thing I could think of to make it meaningful.
Sorry for the lousy poem above, I sucks at it.

Happy Birthday Bebeh Zha Maya :)

Sent:
5-May-2012
11:59:12 pm

Read More

19 ♥

Assalamualaikum semua! Amboi bukan main semangat lagi kan? Hahaha. Mana tak semangatnya umur dah cecah 19 tahun. Syukur Alhamdulillah Allah SWT masih membenarkan hamba-Nya ini untuk terus hidup di dunia pinjaman-Nya ini. Tak sangka Daddy's Little Girl ini dah berusia 19 tahun rupanya ☺

Entri kali ni zha just nak ucapkan THANK YOU SO MUCH untuk semua yang telah wish zha kat Facebook, Twitter, SMS, BBM dan paling sweet Phone Call ♥ Doa korang yang tak putus putus tu amatlah zha hargai. Sumpah terharu tak tipu ☺

Ini adalah antara wish yang zha received kat BBM...

 yang ni dari Ikmal budak Mechy ♥ (yang ni Whatsapp)
 yang ni dari Nadiy ♥ my senior kat high school dulu ☺
 yang ni dari Memen ♥ my long lost Best Friend ☺
 yang ni dari Bunga ♥ my coursemate ☺
 yang ni dari Bell ♥ my super Best Friend since primary school ☺
 yang ni dari Nashrul Iffie budak Mechy ♥ senior zha ☺
 yang ni dari Angah ♥ my cousin ☺
 yang ni dari Benfadzlyn ♥ my super duper Bebeh ☺
 yang ni dari Adiana ♥ my forever and always Chips ☺
 yang ni dari Mifzal ♥ scandal aku kat UiTMPP ☺
 yang ni dari Hazelle ♥ junior kat high school dulu ☺
 yang ni dari Fatiha ♥ junior kat high school juga ☺
 yang ni dari Ajang ♥ kawan baik zha kat UiTMPP ☺
 yang ni dari Iin ♥ adik angkat yang dah macam adik kandung ☺
 yang ni dari Nadzrin ♥ Guy Bestie ☺
 yang ni dari Nurul ♥ housemate zha semester 1 ☺
 yang ni dari Naja ♥ adik angkat yang kuat emosi ☺
yang ni dari Afiq ♥ siap bagi zha 19 PING! ☺

Itu je la. Yang lain tu biarlah rahsia. Eceh! Takdelah. Yang lain susah nak Munch sebab panjang sangat. And paling penting ada satu wish yang paling sweet zha pernah received ♥ nanti kite share eh? ☺
Read More

Thursday 3 May 2012

Patah Seribu...

Assalamualaikum. Hello hello everybody. Hahaha. Agak lambat zha update blog kali ni. Maklumlah kalau balik Sabah je memang jadi housewife la cite die kan. Tapi apapun zha tetap akan cari masa untuk meluahkan perasaan kat blog ni hah. Tapi sebelum tu zha nak minta maaf sangat SANGAT kalau ade yang terasa hati dengan entri zha kali ini ataupun sebelum ni ☺

Hoo haa hoo haa tup tap tup tap dah bulan Mei. Tak rasa pun dah sebulan warga UiTM bercuti. Tak lama lagi dah nak balik Penang. Excited memang excited nak start semester baru tapi sedih pula sebab nak tinggalkan family lagi. Tapi ini celita wa simpan untuk lain munya entli la hoh? ☺

Bulan Mei ni macam ramai pula yang sambut birthday kan? Termasuklah zha sendiri. Cuba teka birthday zha bile? Haaah. Mesti korang tak tau pun kan? Hahaha. Yang tak kenal dan tak rapat dengan zha tu takpelah kalau tak ingat. Tapi yang kenal zha tu kalau tak ingat tak tau la ceq nak habaq lagu mana lagi na. Sedihhh medihhh kot! Birthday zha tahun ni la yang paling sedih. Even family zha sendiri tak celebrate. Jangan cakap la kawan. Ingat pun tak. Cemburu bila tengok kawan, teman, sahabat lain ade birthday cake dan present bagai. Bukan nak kata ape tapi zha tersangatlah rasa left out sekarang ni.

Zha tak kisah pun kalau orang lain tak ingat birthday zha. Tapi kalau 2 orang yang zha sayang ni tak ingat birthday zha memang zha dah tak tau nak kata ape dah. Buat relax sudah! Haihhh. Kadang kadang zha rasa sakit hati bila ingat orang orang ni tak cari zha pun sepanjang cuti semester ni. Zha faham kalau busy tapi zha tengok diorang ni ade je mase nak entertain orang lain. Tapi kalau dengan zha busy memanjang. Fine! Kite tau sape diri ini ☺

Hmm... So malas nak rosakkan mood. Hari ni zha nak ENJOY kat Kundasang. Celebrate birthday kat Hot Spring je la eh? Pun boleh. Hahaha. Korang tau tak mane Kundasang? Haaah. Kundasang tu area di mane kite boleh tengok Gunung Kinabalu betul betul kat depan mata ni hah. Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu ♥
Read More

Saturday 28 April 2012

Apam Polka Dot ♥

Ah'ha! Ini la punca kenapa zha tak dapat online dan update blog zha semalam. Si Apam Polka Dot. Teringat pula kat akak Syaza Yusra sebab dia tu Permaisuri Apam. Even nama dia kat dalam phone zha pun "UiTM Apam". Hahaha. Jangan marah eh ura kalau kau baca ni. Sayang kau! ☺

Kuih apam ni agak popular kan kat Semenanjung? Kalau kat Sabah lambat sikit. Orang masih baru lagi dengan apam ni. So memang advantage la bagi zha sebab orang sini anggap apam polka dot ni "rare" and zha sorang je daripada 10 orang maybe? yang reti buat apam ni. Ni la punca pendapatan zha time semester break ni hah. Hahaha. Alaaa tak susah pun sebenarnye. Zha je tu acah acah hebat.

Meh tengok gambar meh...

 yang atas ni sebelum kukus...
 selepas kukus jadi la apam polka dot ♥
 hasilnya... bersengkang mata menyiapkan tempahan orang...
 ni la antara apam yang berjaya dihasilkan...
 lagi...
dan lagi...

Hahaha. So itu je la eh? Enjoy tengok apam zha ni ☺
Read More

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena