being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Saturday 27 October 2012

Time Flies

Assalamualaikum dan hello hello bloghearts. Ah'ha! Mesti anda, anda dan anda terkezut dengan adanya entri terbaru saya. Ye la. Dah 2 bulan lebih kot aku tak update blog aku ni. Aku rase blog aku ni dah ibarat suci dalam debu. Hahaha. Pun boleh. Okay takde kaitan. Let's proceed to our main point. Cehh. Acah acah essay BEL nak main point bagai. So ape yang aku nak story mory untuk entri kali ni? Aku pun tak tau. Kalau ikutkan dalam kepala aku ni, banyak je yang aku nak tulis tapi kan, bile aku dah menghadap laptop aku ni aku tak tau nak mulakan dari mane. So kite langgar je la ek?

Yang pertama... Aku dah tamat semester 2 aku kat UiTMPP tu. Mesti korang macam "OMGeee! Like seriously?!" kan? Okay tak. Sebenarnye aku yang camtu. Hahaha. Ye la. Rasa baru semalam aku berpijak di bumi Pulau Pinang tu sekali tengok dah nak setahun kot aku bermastautin kat situ. Rasa masa tu berlalu dengan begitu pantas. Ye dok? Lagi setahun aku akan belajar kat UiTM (insyaallah kalau takde subject repeat. tak nak repeat. amin). Sebab ape setahun? Sebab lagi setahun aku akan pergi ke Latihan Industri atau lebih senang panggil je praktikal. Tak payah nak acah acah industri mende tah. Dan masa tu terasa berlalu dengan cepat sebab kitorang dah pun mula mengisi resume untuk praktikal nanti. Lagilah aku rasa macam "Eh. Bapaklah cepat nak isi semua ni. Aku dah nak pegi praktikal ke?" Hah. Lebih kurang macam tu la ape aku rasa. Korang kene tengok ekspresi muka aku sekali baru korang akan faham dengan lebih mendalam maksud aku ni. Hahaha. Okay back in track. Hah. Cerita pasal praktikal tu kite sembang nanti je la ea memandangkan semester depan aku masih lagi menyemak kat kampus tu. Jangan risau.

Macam macam dan bermacam hal yang berlaku sepanjang aku semester 2 ni. Jujur sem ni tak semeriah sem lepas sebab sem lepas seniors and housemate semua havoc. Sem ni ade kurenggg cket la bro. Meriah tu meriah tapi takde umph! Hahaha. Aku pernah cite aku gaduh dengan budak kelas en? Kes tu dah ok dah. Diorang dah insaf kot. Kot la aku tak tau. Tapi yang penting diorg dah tak ganggu hidup aku lg. Aku dah boleh menjalani kehidupan aku sebagai seorang siswi dengan tenang. Alhamdulillah.

Sejujur jujurnye... *hopefully mummy tak baca blog aku* semester ni aku lebih berjimba berbanding study. Hahaha. Aku tau perkara tu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Aku sendiri takut sebab aku banyak sangat main dan have fun sampai study kurang. Aduhainye pun ter ber. Yang paling aduyainye pun aku banyak kali pegi over the night. As usual niat untuk study kat mcD Perda akhirnya bertukar menjadi berjimba di feringghi, gurney dan lain lain tempat kat pulau. Ish3. Ade la sedikit penyesalan di situ. Hahaha. Tapi yang bestnye aku dapat la sedikit sebanyak meng"explore" negeri Pulau Pinang itu. Pastu aku dapat menyimpan memories aku dgn orang orang yg turut serta dlm aktiviti over the night aku tu. Contoh paling sweet aku boleh bagi aku dapat overnight dengan kebal for the first and the last time :') last sebab kebal dah takde sem depan. Dia pegi praktikal kat KL. Ni la kalau jd budak hotel ni. Praktikal tu adalah satu kewajipan bagi kami. Sobs.

Aku ade story pasal The Girls tapi tu aku kene simpan untuk next entri sbb story tu agak mendalam. Kene ade entri khas. Hahaha. Lagipun story kitorg banyak elemen sedih so tak nak la campur dlm entri ni. Kang ade yg leleh susah lg nak pujuk. So itu je kot yang aku nak update utk kali ni. Aku tak boleh nak focus dah sebab aku tgh sembang dgn member. Hahaha. Aku akan cuba dan cuba sedaya upaya aku utk update blog aku ni dari semasa ke semasa sepanjang cuti sem aku kali ni. Aku agak busy kalau siang. Biasalah hidup seorang tukang masak, babysitter dan suri rumah bukan senang ye puan puan. Hahaha. Nampak tak komitmen aku di situ? So aku akan tetap cari masa okay?

Sekian, terima kasih.


*acah acah ade tandatangan*
Zhahirah Binti Ismail
Presiden Kelab Syok Sendiri


Read More

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena