being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Thursday 17 May 2012

Oreo Cheese Layered Cake ♥

Assalamualaikum and hello people. Korang sihat tak? Kalau yang tak berape nak sihat tu banyakkan berehat dan minum air tau. Zha pun baru je baik sakit. Sakit ape? Migrain je. Hahaha. Cuaca panas sangat sekarang kat Sabah. So kena banyak berehat dan minum air.

Sakit sakit juga. Makan tetap makan. Betul tak? Mummy zha pesan, selagi kita masih boleh makan, kita makan je sepuas puasnye sebab nanti bila dah sakit satu bende pun kita takde selera nak makan. Betul tak? So bagi yang takde selera nak makan tu, mai ler tengok entri zha kali ni. Zha ade post baik punye untuk korang.

 Ah'ha! Ini bahan bahan untuk buat Oreo Layered Cheese Cake. Korang perlu ade :

  1. 500 gram Cream Cheese (pilih jenama Tartura ataupun Philadelphia sebab sedap)
  2. 1 1/2 cup Castor Sugar (bergantung dengan kemanisan yang korang nak)
  3. Full Cream Milk
  4. Biskut Marie (perisa Cappuchino agar kek lebih yummy!)
  5. Oreo

Step 1 : Kisarkan Cream Cheese sehingga dia dah tak berketul

Step 2 : Masukkan Castor Sugar dan teruskan mengisar

Step 3 : Masukkan Full Cream Milk sedikit demi sedikit (jangan sampai adunan cair tau! agak agak)

Step 4 : Selepas adunan dah siap dikisar, korang boleh la masukkan ke dalam balang

Step 5 : Cara nak buat layer tu korang letak adunan cheese tadi kat lapisan bawah sekali, then susunkan biskut Marie kat lapisan kedua dan begitulah seterusnye sampai habis...
*biskut Marie tu dicelupkan ke dalam Full Cream Milk yang suam sebelum disusun ke atas adunan*

Step 6 : Taburkan Oreo yang telah dikisar kat bahagian atas kek

Step 7 : Bekukan kat dalam peti sejuk selama beberapa jam (depends dengan tahap beku peti sejuk korang tu, kalau dah keras boleh la keluarkan dan makan)

(sorry sebab Step 4 - 7 takde gambar, tangan kotor tak sanggup nak pegang phone)

Tadaaa! Inilah cheese cake zha yang tak seberape nak cantik ni. Tapi serious sedap. Hahaha.

So korang try la. Simple je buat bende ni. Hehehe. Selamat mencuba 

0 comments:

Post a Comment

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena