CINTA.
Poyo je nak tulis pasal cinta. Umur baru setahun jagung. Budak hingusan. Hahaha. Mesti korang gelak baca entri kali ni. Tapi takpe. Entri kali ni berkisarkan tentang kisah yang terjadi di sekeliling kita. Masa cuti semester ni macam macam cerita cinta yang masuk kat dalam telinga ni hah. Musim ke? Tak tau la kan. So bagi yang terasa dirinya berada di dalam situasi yang sama tu sepuluh jari ku mohon maaf jika entri kali ini agak menyinggung perasaan.
CINTA JARAK JAUH.
Zaman sekarang teknologi dah maju. Boleh Skype, IM, Message, BBM, Whatsapp, Viber dan banyak lagi lah! So kalau korang nak kata Long Distance Relationship itu susah memang tipu. Memang susah bila kita tak dapat nak bersemuka dengan orang yang kita sayang tu but if we put trust and faith, believe in our partner, everything will be doing fine. Cuti semester kan boleh jumpe? So siapa yang bagi alasan cinta jarak jauh tu susah that means pasangan kita tu memang dah tak sanggup nak tunggu kita and bagi yang ditinggalkan tu... Cuba korang fikir. Baru berjauhan sikit dah putus asa. Agak agak kalau korang sakit nanti dia nak tak jaga korang kat hospital? *zha pun putus sebab ni la. tapi takpe sebab ex boyfriend zha tu dah ade pengganti pun.*
CINTA PAKSAAN.
Tidak semua orang alami cinta macam ni. Pelik memang pelik. Wujud juga orang yang main paksa paksa ni. Hey hey hey! Hati dan perasaan mana boleh main paksa. Kita kena ikhlas dan jujur bila menyayangi seseorang itu. Tak guna kalau kita terima seseorang itu tapi kita takde perasaan kat dia kan? Tak nak la build relationship atas dasar keterpaksaan. Korang kena faham situasi orang yang korang suka atau minat tu. Mungkin dia tak rasa apa yang korang rasa. Korang tak boleh la nak main paksa paksa. Mungkin dia dah ada target dia sendiri. So apapun korang kena respect orang tu. Macam mana korang suka atau minat orang tu pun, if he/she's not the one, then he/she's not the one. Tak gitu? *ramai lelaki buat zha macam ni. tak suke la. rimas!*
CINTA KONGSI.
Ni kongsi gelap ke ape ni? Amboi nak main kongsi kongsi pula ye. Ingat ni mainan ke korang nak main kongsi kongsi. Sedangkan mainan pun korang tak nak kongsi dengan orang lain inikan lagi buah hati korang. Sakitnya hati bila dapat tahu wujud orang ketiga dalam relationship kita. Tak kisah la lelaki atau perempuan, bila kita dah diduakan hati mana yang tak sakit kan? Bagi orang orang ketiga dan orang orang yang menduakan di luar sana. Korang cuba la fikir sikit perasaan orang yang korang dah tikam tu. Tak baik meruntuhkan masjid orang ni. Apapun ingatlah what goes around comes around. Tak mustahil benda yang sama akan terjadi kat diri korang. Fikirkanlah. *ex boyfriend zha buat macam ni. tapi tak kisah pun.*
CINTA SAMPAI DISINI.
Sampai disini? Kenapa? Korang pernah tak rasa... Macam mana korang suka, minat dan sayang kat orang tu pun, korang tahu yang korang takkan dapat orang tu? Susah nak explain perasaan tu. Lebih lebih lagi bila kita dah banyak sangat memories dengan orang tu. Semakin susahlah kita nak lupakan dia. Kadang kadang tak semua benda yang kita nak kita dapat kan? Kadang kadang sesetengah cerita tu lebih baik jika tidak diceritakan. Kadang kadang ada benda tu lebih baik jika dibiarkan macam tu. So cinta sampai disini ni rasanya lebih baik kalau kita just biar dia macam tu. Biarlah kita dengan perasaan kita sendiri. Biarlah hubungan tu cukup sekadar Teman Tapi Mesra. Tak dapat orang tu tapi sekurang kurangnya dapat macam macam pengalaman dengan dia. Itupun dah cukup bagus kan? *zha dalam situasi ni sekarang. speechless.*
So itu je la yang dapat dikongsi bersama untuk entri kali ni. Moral of the story...
CINTA KEPADA ALLAH SWT ADALAH YANG SEBAIK BAIKNYA.
Cintailah Allah kerana Allah sentiasa mencintai kita. Jodoh pertemuan kan ketentuan-Nya. So tak payah risau sebab Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk umat-Nya.
Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment