being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Thursday, 31 May 2012

Selamat Tinggal Mei!

Time really flies. Harini hari terakhir kita kat bulan Mei tahun 2012. Cepat je masa tu berjalan kan? Ni bukan berjalan lagi ini dah berlari. Rasa macam baru je balik Sabah haritu dah nak balik Penang lagi. Excited memang tak dinafikan la. Excited sebab ape? Sebab nak jumpe The Girls and kongsi cerita semester break kitorang. Lepas tu excited sebab nak join aktiviti Persada next semester. Dah tekad tak nak balik Sabah awal awal.

So ape yang korang dapat rumuskan untuk bulan Mei tahun ni? Bagi zha bulan Mei kali ni simple je. Zha happy sebab sepanjang cuti ni orang tu ade untuk zha. Bukan setakat orang tu la. Yang lain pun ade juga jangan risau. Korang tetap dihati. Cewah! Hahaha. Apapun semoga bulan Jun akan datang ni akan menjadi lebih baik dari bulan bulan yang sebelumnya. Kan? Yang penting my one and only brother akan balik Sabah bercuti esok. Happy sangat sebab dah lama kot tak jumpe die. Tapi malangnya die balik Sabah zha pula yang kena balik Penang. Sedih! Dapat spend time dengan die berape hari je.

hah! ni la yang berlaku bila dah bosan sangat. menyambut kedatangan bulan Jun.
Read More

Harapan?

Assalamualaikum and hello readers. First of all zha nak cakap thank you so much cause korang sudi meluangkan masa untuk membaca entri zha yang sebelum ni. Aww omel omel je korang ni ye. Tak sangka ramai juga yang bagi feedback. Apapun teruskan support zha okay? Sebab zha ni bukanlah blogger hebat yang popular sampai nak masuk rancangan Nona ntah pape la kan. Korang je la supporters zha. Tu pun promote dekat Facebook and Twitter. Sounds desperate? Kisah pula aku!

So korang nak baca tentang apa pula kali ni? Tentang bulan nak? Tak nak?

Untuk entri kali ni zha nak share something yang agak "common". Ah'ha! Tapi before zha menulis dengan lebih panjang, zha nak minta maaf kalau ade la sesape yang terasa hati ke terguris perasaan ke dengan entri zha kali ni ye? Sorry! So back to business.

"Too much hoping hurts". Setuju tak? Hmm... Zha pun dah serik dengan benda benda yang berkaitan dengan harapan ni. Well it's true nothing is impossible and miracles can happen tapi ade juga benda yang tak menjadi seperti yang kita harapkan. Sebagai contoh kita datang KFC dengan semangat yang berkobar kobar nak makan ayam Hot & Spicy end up ayam dah habis. Kecewa tak? Itu soal perut tau. Kalau soal hati lagi parah!

Hati kita dah jatuh baik punye kat si dia rupanya dia dah ade couple bro! Hati ni hancur berkecai bukan setakat patah seribu tau tak? Well memang salah diri sendiri juga sebab jatuh hati kat orang yang dah "Taken"... The problem is... Orang tu pun layan kita special sangat. Message nak sweet sweet je. Memang cair la cite die kan? Aduhainye pun ter ber.

Tapi takpe. Pasti ade hikmah kan? So sesape yang dalam situasi ni zha harap korang bersabar. Takpe. Kalau dah jodoh takkan lari punye. Chillax!
Read More

Tuesday, 29 May 2012

The Untold Story ❤

She woke up that morning with a sweet smile on her face letting the world know that she's happy...

That night she was busy surfing the net without noticing that it's already 1.30 am in the morning. Her eyes just didn't let her sleep that night. Without compromising she clicked the shut down button and off to bed.

She was about to closed her eyes then suddenly her phone rang. "1 message received". Just a simple goodnight wish from him with a little note *kiss on your forehead*. Without thinking she replied and also with a little note *hugs*. He replied with one word "huggles". She let it sank and continue her attempt to sleep.

16 minutes later another one word text message received. "Bebeh..." and the conversation started.

He's missing her so bad and she feels the same too.

In their conversation he kept on telling her how much he wanna hug and kiss her, how much he wanna keep her warm. He wished that he were there sleeping next to her. He told her...

Boy : You're my precious 
Girl : And you're mine 



She told him that she's afraid that he might forget her later.

Boy : I won't.
Girl : How can you be so sure?
Boy : Because I won't. Will you?
Girl : Of course I won't. You're the best thing ever happened to me :)

The conversation stopped when both of them fell asleep.

Good things come when you least expect them. If you love someone, love hard.




Read More

Sekalung Penghargaan!

Assalamualaikum saudara saudari cikebom cikebom. Alhamdulillah zha masih lagi berkesempatan untuk menulis blog kali ini. And thank you so much untuk korang semua yang setia membaca blog zha yang tak seberapa nak comel ni. Serious terharu tak tipu bile korang bagi feedback lebih lebih lagi Poh. Siap nangis nangis lagi baca blog zha ni hah. And thank you juga untuk yang bagi idea tu. Insyaallah kalau ada masa zha akan tulis tentang ape yang korang nak baca okay? Korang boleh je request kat zha. PM je zha kat Facebook. DM kat Twitter ke. Kat memane la yang korang boleh refer zha. Then zha akan fikirkan tentang topik tu okay? Mudah saja!

Happy Reading Everyone!
Read More

Monday, 28 May 2012

Bagaikan Sakti ♥

Cinta datang tanpa diundang,
Seumur masa tercipta,
Dia datang bagai sakti,
Bagai menyaksi mekar kembang pagi.

Ura selalu pesan kat The Girls "pelan pelan kayuh". Thanks to Ura sebab cogan kata dia tu zha jadi lebih kuat dari hari ke hari. Hahaha. Tak boleh copy paste tau! *zha sayang kak yong sangat sangat*

So entri kali ni pasal ape pula? Mesti korang ingat zha ni asyik nak jiwang je kan? Jiwang ke? Ntah la. Zha tak rase pun yang zha jiwang. Hahaha. Usually blog zha ni zha tulis based on true story. Kejadian kat sekeliling la dipendekkan cerita. So kalau korang nak label zha ni minah jiwang ke, poyo ke, ntah pape ke lantak korang la. Ada aku kisah kan? Kisah lapan!

Nampak tak phrase kat atas colour merah tu? Korang faham tak? It's just a simple phrase yang dipetik dari lagu Dato' Siti Nurhaliza dan M.Nasir. Tapi tak tau kenape zha tertarik sangat dengan ayat tu. Simple but meaningful. Sesuai sangatlah dengan orang orang yang desperate sangat nak cari couple. Untuk yang dah berpunye tu Alhamdulillah jodoh dah sampai. Untuk yang belum berpunye tu... Why rush? Jodoh tu kan di tangan Allah. Tak percaya kat Allah ke sampai desperate sangat nak cari pasangan ni? Bukan nak membuka aib sesiapa kat sini tapi zha agak terkilan tengok adik adik yang kat bangku sekolah lagi tu sibuk nak bunuh diri la ntah ape bende je yang dorang mengarut. Umur baru je 13 ke 15 tahun dah nak cintan cintun. Zha pun dulu ade Cinta Monyet juga tapi takdelah sampai nak bunuh diri bagai time clash tu. Relax sudah! Patah tumbuh hilang berganti bro. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!

Itu yang budak high school. Yang dah besar panjang ni pun ade juga. Zha paling tak suke la mamat mamat yang tak faham bahasa ni. Asyik nak memaksa kita untuk terima dorang. Ish ish ish! Sabar la abang oii. Kalau dah jodoh tak lari punye. So janganlah asyik nak memaksa sebab orang perempuan pun pandai rimas. Lemas! Kalau boleh biarlah cinta tu datang sendiri. Ikhlas dari hati. Tak gitu? Paling penting hormatilah keputusan si dia tu ye.

On the other hand. Untuk kes macam zha ni... Bak kata Ura "pelan pelan kayuh" tu amatlah sesuai. Mungkin belum sampai masa lagi kot. So zha akan sabar menanti jejaka idaman zha itu. Takpun zha ikut je cakap mummy. Cari lelaki orang Sabah. Tak payah pergi jauh jauh. Betul juga kan? Hahaha. So apapun korang fikirlah.

dapat jersey Belanda dari Abah ku sayang 

Assalamualaikum.
Read More

Change...

Assalamualaikum and hello readers. Nampak tak perubahan di situ? Blog zha berwajah baru. Ade Mr. OWL di situ ye. Happy 3 Friends bertenggek kat atas pokok tu hah. Comel tak? Comel kan? Hahaha. Ade unsur paksaan kat situ.

Okay. Motif zha upgrade blog zha ni... Takde motif pun. Saje nak memeriahkan suasana. Template sebelum ni agak "lame" kan. So takut korang bosan pula nak baca blog zha. Jadi zha pun ubah la here and there untuk keselesaan umum.

Tapi korang nampak tak permainan dia kat situ? Sedangkan blog pun ade perubahan kan? Apatah lagi manusia biasa macam kita semua ni. Bukan nak berlagak pandai. Zha just nak bagi pendapat je itupun dari sudut positif. Kalau korang rasa benda tu baik maka baik la jadinya ye.

Zha tak nak la sentuh ape ape isu yang sensitif. Zha just nak orang kat luar sana berubah la ke arah kebaikan. Kita ni umat Nabi Muhammad S.A.W. Dah akhir zaman dah weyhh. Zha pun dulu ade juga termasuk dalam zaman jahiliah tapi Alhamdulillah pintu hati dah terbuka setelah merantau kat tempat orang.

So korang renung renungkan dan selamat beramal!

*teringat kat UiTM yang sentiasa Mengubah Destini Anak Bangsa*
Read More

Thursday, 24 May 2012

CINTA?

Siapa sangka seseorang yang tidak dikenali dahulu boleh jadi seseorang yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Bagi remaja belasan tahun yang masih muda dan mentah jatuh cinta merupakan perkara biasa dan normal dalam kehidupan. Siapa yang tak pernah ada "crush" kan? Tak kisah la kat high school ataupun universiti. Beruntunglah bagi yang ada "couple" tu. Well. Couple takpe jangan sampai ke lembah yang tak elok sudah! So dari Muqaddimah ni agaknya korang pun dah tau la entri kali ni tentang apa. Tentang apa?

CINTA.

Poyo je nak tulis pasal cinta. Umur baru setahun jagung. Budak hingusan. Hahaha. Mesti korang gelak baca entri kali ni. Tapi takpe. Entri kali ni berkisarkan tentang kisah yang terjadi di sekeliling kita. Masa cuti semester ni macam macam cerita cinta yang masuk kat dalam telinga ni hah. Musim ke? Tak tau la kan. So bagi yang terasa dirinya berada di dalam situasi yang sama tu sepuluh jari ku mohon maaf jika entri kali ini agak menyinggung perasaan.

CINTA JARAK JAUH.

Zaman sekarang teknologi dah maju. Boleh Skype, IM, Message, BBM, Whatsapp, Viber dan banyak lagi lah! So kalau korang nak kata Long Distance Relationship itu susah memang tipu. Memang susah bila kita tak dapat nak bersemuka dengan orang yang kita sayang tu but if we put trust and faith, believe in our partner, everything will be doing fine. Cuti semester kan boleh jumpe? So siapa yang bagi alasan cinta jarak jauh tu susah that means pasangan kita tu memang dah tak sanggup nak tunggu kita and bagi yang ditinggalkan tu... Cuba korang fikir. Baru berjauhan sikit dah putus asa. Agak agak kalau korang sakit nanti dia nak tak jaga korang kat hospital? *zha pun putus sebab ni la. tapi takpe sebab ex boyfriend zha tu dah ade pengganti pun.*

CINTA PAKSAAN.

Tidak semua orang alami cinta macam ni. Pelik memang pelik. Wujud juga orang yang main paksa paksa ni. Hey hey hey! Hati dan perasaan mana boleh main paksa. Kita kena ikhlas dan jujur bila menyayangi seseorang itu. Tak guna kalau kita terima seseorang itu tapi kita takde perasaan kat dia kan? Tak nak la build relationship atas dasar keterpaksaan. Korang kena faham situasi orang yang korang suka atau minat tu. Mungkin dia tak rasa apa yang korang rasa. Korang tak boleh la nak main paksa paksa. Mungkin dia dah ada target dia sendiri. So apapun korang kena respect orang tu. Macam mana korang suka atau minat orang tu pun, if he/she's not the one, then he/she's not the one. Tak gitu? *ramai lelaki buat zha macam ni. tak suke la. rimas!*

CINTA KONGSI.

Ni kongsi gelap ke ape ni? Amboi nak main kongsi kongsi pula ye. Ingat ni mainan ke korang nak main kongsi kongsi. Sedangkan mainan pun korang tak nak kongsi dengan orang lain inikan lagi buah hati korang. Sakitnya hati bila dapat tahu wujud orang ketiga dalam relationship kita. Tak kisah la lelaki atau perempuan, bila kita dah diduakan hati mana yang tak sakit kan? Bagi orang orang ketiga dan orang orang yang menduakan di luar sana. Korang cuba la fikir sikit perasaan orang yang korang dah tikam tu. Tak baik meruntuhkan masjid orang ni. Apapun ingatlah what goes around comes around. Tak mustahil benda yang sama akan terjadi kat diri korang. Fikirkanlah. *ex boyfriend zha buat macam ni. tapi tak kisah pun.*

CINTA SAMPAI DISINI.

Sampai disini? Kenapa? Korang pernah tak rasa... Macam mana korang suka, minat dan sayang kat orang tu pun, korang tahu yang korang takkan dapat orang tu? Susah nak explain perasaan tu. Lebih lebih lagi bila kita dah banyak sangat memories dengan orang tu. Semakin susahlah kita nak lupakan dia. Kadang kadang tak semua benda yang kita nak kita dapat kan? Kadang kadang sesetengah cerita tu lebih baik jika tidak diceritakan. Kadang kadang ada benda tu lebih baik jika dibiarkan macam tu. So cinta sampai disini ni rasanya lebih baik kalau kita just biar dia macam tu. Biarlah kita dengan perasaan kita sendiri. Biarlah hubungan tu cukup sekadar Teman Tapi Mesra. Tak dapat orang tu tapi sekurang kurangnya dapat macam macam pengalaman dengan dia. Itupun dah cukup bagus kan? *zha dalam situasi ni sekarang. speechless.*

So itu je la yang dapat dikongsi bersama untuk entri kali ni. Moral of the story...

CINTA KEPADA ALLAH SWT ADALAH YANG SEBAIK BAIKNYA.
Cintailah Allah kerana Allah sentiasa mencintai kita. Jodoh pertemuan kan ketentuan-Nya. So tak payah risau sebab Allah hanya akan memberikan yang terbaik untuk umat-Nya.

Assalamualaikum.
Read More

Thursday, 17 May 2012

Oreo Cheese Layered Cake ♥

Assalamualaikum and hello people. Korang sihat tak? Kalau yang tak berape nak sihat tu banyakkan berehat dan minum air tau. Zha pun baru je baik sakit. Sakit ape? Migrain je. Hahaha. Cuaca panas sangat sekarang kat Sabah. So kena banyak berehat dan minum air.

Sakit sakit juga. Makan tetap makan. Betul tak? Mummy zha pesan, selagi kita masih boleh makan, kita makan je sepuas puasnye sebab nanti bila dah sakit satu bende pun kita takde selera nak makan. Betul tak? So bagi yang takde selera nak makan tu, mai ler tengok entri zha kali ni. Zha ade post baik punye untuk korang.

 Ah'ha! Ini bahan bahan untuk buat Oreo Layered Cheese Cake. Korang perlu ade :

  1. 500 gram Cream Cheese (pilih jenama Tartura ataupun Philadelphia sebab sedap)
  2. 1 1/2 cup Castor Sugar (bergantung dengan kemanisan yang korang nak)
  3. Full Cream Milk
  4. Biskut Marie (perisa Cappuchino agar kek lebih yummy!)
  5. Oreo

Step 1 : Kisarkan Cream Cheese sehingga dia dah tak berketul

Step 2 : Masukkan Castor Sugar dan teruskan mengisar

Step 3 : Masukkan Full Cream Milk sedikit demi sedikit (jangan sampai adunan cair tau! agak agak)

Step 4 : Selepas adunan dah siap dikisar, korang boleh la masukkan ke dalam balang

Step 5 : Cara nak buat layer tu korang letak adunan cheese tadi kat lapisan bawah sekali, then susunkan biskut Marie kat lapisan kedua dan begitulah seterusnye sampai habis...
*biskut Marie tu dicelupkan ke dalam Full Cream Milk yang suam sebelum disusun ke atas adunan*

Step 6 : Taburkan Oreo yang telah dikisar kat bahagian atas kek

Step 7 : Bekukan kat dalam peti sejuk selama beberapa jam (depends dengan tahap beku peti sejuk korang tu, kalau dah keras boleh la keluarkan dan makan)

(sorry sebab Step 4 - 7 takde gambar, tangan kotor tak sanggup nak pegang phone)

Tadaaa! Inilah cheese cake zha yang tak seberape nak cantik ni. Tapi serious sedap. Hahaha.

So korang try la. Simple je buat bende ni. Hehehe. Selamat mencuba 
Read More

Monday, 14 May 2012

Define Boredom?

Assalamualaikum dan hello people. Syukur Alhamdulillah zha masih berpeluang untuk meng"update" blog zha yang hanya ada 5 followers ni je. Hahaha. Pun begitu zha tetap nak ber"blogging" sebab selain daripada si blog ni zha dah takde tempat nak meluahkan perasaan dan juga keboringan zha ni. Zha dah anggap blog ni macam kawan baik zha sendiri. Ececeh. Poyo je nak touching eh. Hahaha. Ok dah dah. We are far from the track dah ni. Let's begin our story.

Our story? Ke my story? Hmm... Itu yang susah nak jawab tu. Nak kata "our" tapi dia macam tak terlibat je dalam kisah aku ni. Zha rasa zha ni dah macam syok sendiri. Tapi dari awal lagi zha tau yang zha ni syok sendiri sebab... "I'm in love with someone that is illegally mine".

Apa maksud zha cakap macam tu? Well. Zha tau yang memang mustahil untuk ada "something" between kitorang. Atas sebab sebab tertentu la yang zha rasa biarlah rahsia. Tapi yang zha hairan. Hati, perasaan, otak dan fikiran still juga ada nama si dia ni. Tak tau la kenape.

Kenape ek? Mungkin sebab apa yang kitorang dah buat sepanjang 5 hari tu kot. Korang jangan fikir yang bukan bukan tau. Takde benda pun yang kitorang buat. It's just sweet memories yang zha susah nak lupa la. The way he put me to sleep. He treat me like a baby. Bawa zha dari satu tempat ke satu tempat. Siap bawa pegi Straits Quay lagi. One of the most beautiful place in Penang. Pergh! Bapak cantik dohh tempat tu. Serious tak tipu.

Tapi malangnya it lasts only for that moment. Lepas zha dah menjalani cuti semester ni kitorang dah macam renggang. So zha pernah terfikir juga why did he treated me so nice and then after that leave me just like that? Aku ni tempat dia berhibur dan melepaskan rindu je ke? Rasa marah memang jangan cite la kan. Sabar je la sebab aku tak boleh blame dia juga. Aku yang in love. Dia anggap aku macam kawan biase je kot.

Kawan biase? Itu yang aku tak faham tu. Setiap kali message asyik nak manje manje je. Lepas tu siap bagi poem masa birthday haritu. Ya Allah aku nangis kot masa baca poem tu. Sumpah terharu gila kentang! So what do you expect? Memang aku cair la cite die kan? Tapi zha kena juga lawan perasaan ni. Memang rindu gile gile kat dia tapi kalau boleh tak nak la fikir sangat. Dipendekkan story "Move On".

So ape yang zha nak cakap kat sini. Zha akan sentiasa sayang dia walaupun zha tau yang tidak ada ruang sedikit pun kat dalam hati dia tu untuk zha. Takpe la. Zha fikir pasal dia dan memories kitorang je pun dah boleh buat zha tersenyum. So zha tak kisah. Zha nak dia happy and berjaya dalam ape pun yang dia buat. Satu je zha harap... Dia tak lupa zha and kenangan kitorang.

MZAM 
Read More

Saturday, 12 May 2012

Merepek ke Meluahkan?

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Macam pembaca berita kat TV1 je. Poyo-ness betul. Hahaha. Apapun terima kasih daun keladi kepada followers yang masih sudi membaca benda mengarut zha ni. So nak cite ape meyhh kali ni? Kalau zha nak merepek boleh? Korang ON kan je la eh?

Okay benda pertama yang zha nak share... Laptop zha dah pulih seperti sedia kala. Setelah sebulan zha terpisah dengan laptop akhirnya kami dipertemukan kembali. Alhamdulillah. So sekarang ni zha tengah berblogging gune laptop la ni. Dah tak gune desktop. Nak jerit boleh? Hehehe.

Benda kedua yang zha nak share... Zha rasa agak terharu bila ade juga insan yang senasib dengan zha. Senasib ape? Hmm... Kitorang sayang orang tu tapi kitorang dapat rasa yang orang tu tak sayang kita. More or less macam tu la senarionye. Hahaha. Zha agak lega bila zha mengadu kat dia and dia faham perasaan zha sebab dia pun ada kat situasi tu. Siapa dia? Hahaha.

Oh. Bukan zha sorang je tau yang patah seribu hatiku. Ahli Persada yang lain pun ade juga patah seribu. So kitorang sebulat suara menubuhkan Kelab Patah Seribu kat Twitter. Official tau. Dah siap ade carta organisasi gitu. Hahaha. Tapi ape yang zha nak cakap kat sini, zha happy sangat bila ade ecah, kak caza & ira tweet zha. Tak tau la kenape tapi bila dengan diorang zha rasa macam zha dengan adik beradik zha sendiri. Bonding between ahli ahli Persada tu sangatlah awesome. Selain daripada The Girls, ahli Persada la family zha kat Penang tu. Jealous tak? Hehehe.

Zha ade benda lagi nak share sebenarnya tapi simpan untuk entri seterusnya. Hehehe.

baru balik dari kenduri kahwin.
Read More

Monday, 7 May 2012

Congratulations Papa ☺

Kompang dipalu pengantin baru... Duduk bersanding tersipu malu... Ewah! Siapakah pengantin baru itu? Yang pastinya bukan zha. Hahaha. Well. Belum kahwin pun lagi. Zha saje nak buat jantung korang dup dap dup dap ☺

Tahniah zha ucapkan buat Papa Nik Shahril iaitu Penasihat Akademik kitorang a.k.a Chef yang paling kitorang sayang diatas pertunangan beliau. Congrats Papa! Semoga dipanjangkan jodoh & berkekalan sehingga ke akhir zaman ♥

comel je chef ni ☺

p/s : Chef... nanti bila tiba detik yang dinanti tu jemput la budak budak DCA ek? jadi kitchen helper pun boleh ☺
Read More

5 May 2012 ♥

"I may not you know and I may not you like,
Yet I may not your special,
Though I may not your someone then I may not your everyone,
For which I am simple,
I am poor,
I am ugly,
Which yes! I am bad.
Just me being me,
Just no one knew,
Just creating something different,
Just so you remember me not like you remember others."

It's the least I can do to make it special,
I can't give you anything you like,
So I want to be the last to wish you on your special day.
Maybe it's nothing but that's the only thing I could think of to make it meaningful.
Sorry for the lousy poem above, I sucks at it.

Happy Birthday Bebeh Zha Maya :)

Sent:
5-May-2012
11:59:12 pm

Read More

19 ♥

Assalamualaikum semua! Amboi bukan main semangat lagi kan? Hahaha. Mana tak semangatnya umur dah cecah 19 tahun. Syukur Alhamdulillah Allah SWT masih membenarkan hamba-Nya ini untuk terus hidup di dunia pinjaman-Nya ini. Tak sangka Daddy's Little Girl ini dah berusia 19 tahun rupanya ☺

Entri kali ni zha just nak ucapkan THANK YOU SO MUCH untuk semua yang telah wish zha kat Facebook, Twitter, SMS, BBM dan paling sweet Phone Call ♥ Doa korang yang tak putus putus tu amatlah zha hargai. Sumpah terharu tak tipu ☺

Ini adalah antara wish yang zha received kat BBM...

 yang ni dari Ikmal budak Mechy ♥ (yang ni Whatsapp)
 yang ni dari Nadiy ♥ my senior kat high school dulu ☺
 yang ni dari Memen ♥ my long lost Best Friend ☺
 yang ni dari Bunga ♥ my coursemate ☺
 yang ni dari Bell ♥ my super Best Friend since primary school ☺
 yang ni dari Nashrul Iffie budak Mechy ♥ senior zha ☺
 yang ni dari Angah ♥ my cousin ☺
 yang ni dari Benfadzlyn ♥ my super duper Bebeh ☺
 yang ni dari Adiana ♥ my forever and always Chips ☺
 yang ni dari Mifzal ♥ scandal aku kat UiTMPP ☺
 yang ni dari Hazelle ♥ junior kat high school dulu ☺
 yang ni dari Fatiha ♥ junior kat high school juga ☺
 yang ni dari Ajang ♥ kawan baik zha kat UiTMPP ☺
 yang ni dari Iin ♥ adik angkat yang dah macam adik kandung ☺
 yang ni dari Nadzrin ♥ Guy Bestie ☺
 yang ni dari Nurul ♥ housemate zha semester 1 ☺
 yang ni dari Naja ♥ adik angkat yang kuat emosi ☺
yang ni dari Afiq ♥ siap bagi zha 19 PING! ☺

Itu je la. Yang lain tu biarlah rahsia. Eceh! Takdelah. Yang lain susah nak Munch sebab panjang sangat. And paling penting ada satu wish yang paling sweet zha pernah received ♥ nanti kite share eh? ☺
Read More

Thursday, 3 May 2012

Patah Seribu...

Assalamualaikum. Hello hello everybody. Hahaha. Agak lambat zha update blog kali ni. Maklumlah kalau balik Sabah je memang jadi housewife la cite die kan. Tapi apapun zha tetap akan cari masa untuk meluahkan perasaan kat blog ni hah. Tapi sebelum tu zha nak minta maaf sangat SANGAT kalau ade yang terasa hati dengan entri zha kali ini ataupun sebelum ni ☺

Hoo haa hoo haa tup tap tup tap dah bulan Mei. Tak rasa pun dah sebulan warga UiTM bercuti. Tak lama lagi dah nak balik Penang. Excited memang excited nak start semester baru tapi sedih pula sebab nak tinggalkan family lagi. Tapi ini celita wa simpan untuk lain munya entli la hoh? ☺

Bulan Mei ni macam ramai pula yang sambut birthday kan? Termasuklah zha sendiri. Cuba teka birthday zha bile? Haaah. Mesti korang tak tau pun kan? Hahaha. Yang tak kenal dan tak rapat dengan zha tu takpelah kalau tak ingat. Tapi yang kenal zha tu kalau tak ingat tak tau la ceq nak habaq lagu mana lagi na. Sedihhh medihhh kot! Birthday zha tahun ni la yang paling sedih. Even family zha sendiri tak celebrate. Jangan cakap la kawan. Ingat pun tak. Cemburu bila tengok kawan, teman, sahabat lain ade birthday cake dan present bagai. Bukan nak kata ape tapi zha tersangatlah rasa left out sekarang ni.

Zha tak kisah pun kalau orang lain tak ingat birthday zha. Tapi kalau 2 orang yang zha sayang ni tak ingat birthday zha memang zha dah tak tau nak kata ape dah. Buat relax sudah! Haihhh. Kadang kadang zha rasa sakit hati bila ingat orang orang ni tak cari zha pun sepanjang cuti semester ni. Zha faham kalau busy tapi zha tengok diorang ni ade je mase nak entertain orang lain. Tapi kalau dengan zha busy memanjang. Fine! Kite tau sape diri ini ☺

Hmm... So malas nak rosakkan mood. Hari ni zha nak ENJOY kat Kundasang. Celebrate birthday kat Hot Spring je la eh? Pun boleh. Hahaha. Korang tau tak mane Kundasang? Haaah. Kundasang tu area di mane kite boleh tengok Gunung Kinabalu betul betul kat depan mata ni hah. Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu ♥
Read More

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena