being happy doesn't mean that everything is perfect. it means that you've decided to look beyond the imperfections.

Tuesday, 21 August 2012

Cerita Di Aidilfitri.

Assalamualaikum dah hello hello semua! Cehh acah acah lama tak menulis en? Padahal baru setengah jam yang lalu update entri baru. Hahaha. Tapi kali ni zha lagi bersemangat berblogging. Sebabnya :

  1. nak story pasal Riang Ria Aidilfitri
  2. tengah dengar lagu raya sekarang ni
  3. *krik krik krik*
Okay sebelum zha merepek dengan lebih lanjut let's proceed. Hmm...

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah harini dah masuk 3 Syawal. Cepat je masa tu bergerak. Tapi dalam 3 harini macam macam dah cerita yang terkeluar dari mulut masing masing. Hahaha. Well. Dah setahun sekali satu family berkumpul memang riuh rendah la cite die. Macam dah nak roboh rumah nenek aku ni hah.

Family + Family = HAVOC!

Raya pertama tu as usual abah gi solat Raya kat masjid (masjid sebelah je dengan rumah nenek). Pastu sementara dorang tengah solat kitorang yang ladies ni masak and then bersiap cantik cantik. Tunggu punya tunggu abah dengan pakcik dan cousin pun balik dari masjid (yang ladies dah prepare dekat sofa nak proceed aturcara wajib). Sampai je dorang semua kitorang pun berkumpul dan bermaaf maafan satu family (luntur eyeliner kiah sebab nangis). Hahaha. Settle semua tu kitorang pun tunggu sedara yang lain untuk datang. Open house 1st day raya memang kat rumah nenek.

Bila semua orang dah sampai memang havoc la rumah nenek aku. Bayangkan ada 10 orang yang macam zhahirah (gelak kuat, bercerita dengan penuh semangat, LOUD) mana tak riuh raya kan? Hahaha. Semua orang memang excited nampak aku balik kampung. Ye la dah 2 tahun aku tak balik kampung kot. Macam macam soalan la yang dorang tanya... Soalan paling famous "ada sudah boyfriend kau irah?". Hahaha. Letih aku letih! Yang paling tak boleh blah belum sempat aku jawab dorang yang tolong jawabkan. "Jangan jangan kau kahwin sama anak mami". Tuuu diaaa. Kahwin teruihhh. Aku hanya mampu gelak...

Seperti biasa raya memang banyak open house. Dan lumrah open house kita akan makan. So equation untuk raya...

Raya = Open House = Makan = Gemuk

Raya kedua pergi melawat rumah cousin pula. Sekali lagi seluruh ahli keluarga (orang yang sama juga macam kat rumah nenek) berkumpul dan buat kecoh kat rumah Kak Tam. Memang kitorang suka buat kecoh kat rumah orang. Hahaha. Tapi bukan selalu dapat kumpul ramai ramai macam ni. Lagi lagi aku ni hah yang dah la tinggal kat Kota Kinabalu, study kat Pulau Pinang lagi. Memang tersangatlah jarang dapat jumpa dorang semua. So di rumah Kak Tam ada lah sesi "duit raya". Yang tak bestnya sesi tu kena beratur mengikut umur. Aku antara orang yang tertua kat situ sebabnya ramai sangat anak buah dan cousin yang lebih muda. Aduhainye pun. Paling tak boleh blah Kak Tam suruh aku kahwin supaya dia dah tak payah nak bagi aku duit raya tahun depan. Dah la tahun ni tak masyuk sebab umur dah meningkat, nak suruh aku kahwin pula supaya tak dapat langsung tahun depan. Ape ni ape ni?! Hahaha.

Raya tahun ni aku asyik dikaitkan dengan soal kahwin padahal umur baru 19. Ish. Diorang ni dah kenape. Aku boyfriend pun takde lagi. Nak kahwin mende. Muda lagi kot. Banyak benda lagi aku nak settle dalam hidup ni. Nak kumpul duit lagi. Study tu Insyaallah nak sampai master pastu jadi lecturer kat UiTM. Hahaha. Angan angan. Kahwin? Kalau jodoh dah sampai kahwin la. Kalau tak sampai lagi tunggu je la. Allah knows best :) Lagipun dah bincang dengan abah dan mummy. Aku nak kahwin dengan lelaki pilihan diorang. Malas nak cari. Hahaha.

So itu je la aku yang aku dapat conclude untuk entri kali ni. Nanti sambung story pula kat KK before balik Penang (nak cepat sebab nak mandi). Hahaha. Salam.
Read More

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan hai semua. Korang sihat tak? Hopefully semua sihat walafiat disamping orang tersayang. Insyaallah.

So Ramadhan dah pun meninggalkan kita untuk tahun 2012 ni. Rasa kejap je masa tu berlalu. Entah kenapa dan mengapa pemergian Ramadhan tahun ini memberi impak yang besar untuk diri zha. Zha rasa sebak dan sayu bila berakhirnya Ramadhan haritu. Mungkin sebab Ramadhan tahun ni zha sambut dalam suasana yang berbeza. Ye la 1st time puasa kat perantauan, dengan kawan kawan baru dan paling penting juadah berbuka juga berbeza dengan yang di Sabah. So memang banyak sangat kenangan untuk Ramadhan kali ini.

Dah dah dah. Tutup cerita Ramadhan sebab sekarang ni dah Syawal! Hahaha. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang zha dibenarkan balik ke Sabah untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Mesti korang pelik dengan ayat "dibenarkan" tu kan? Haaa. Sebenarnya plan asal zha dengan mummy dan abah ialah zha akan beraya di Perak bersama Pipoh dan keluarga dia. Memang dah buat agreement. Tapi anak mana yang tak nak balik kan? Raya kot! So zha pun pegi la check ticket kat Air Asia yang mahal nak mampus tu! (ticket raya zha harga RM634). Tanya abah dia setuju tak kalau zha nak balik. Bincang punya bincang. Akibat terlalu sayangkan dan rindukan "baby girl" dia ni. Maka abah pun setuju bagi zha balik Sabah.

And now tadaaa! Here I am! I'm back in Sabah for Aidilfitri. Orang dok BBM, Whatsapp tanya "suke tak dapat balik?". Memey ar. Cue cite sape yang tak suke dapat balik rumah untuk beraya? Gapo dio mu ni. Hahaha. Tapi since cuti tak lama (mohon UiTM bagi cuti extra untuk bebudak Sabah Sarawak) so cuti raya ni tak berapa nak best sangat lah. Lagipun zha spend separuh daripada cuti ni kat Sandakan (kampung girl) jadi tak berapa nak rasa sangat cuti tu.

Apapun zha mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk kawan kawan dekat Semenanjung and Sabah Sarawak serta seluruh umat Islam di dunia. Zha minta maaf kalau zha ada buat salah silap, terkasar bahasa, terlanjur perkataan dan menyinggung perasaan sesiapa. Minta maaf sangat sangat. Harap dimaafkan la ye :)

So to my friends and everyone out there, drive safely, have fun and enjoy your Hari Raya! Salam.
Read More

Sunday, 22 July 2012

Terus melangkah... Alhamdulillah!

Assalamualaikum you olls. Fuhh! Dah berhabuk blog zha ni berzaman tak update. Well keadaan tidak mengizinkan. Put the blame on WiFi too! Dah la broadband zha macam tak function kat dalam kolej ni. Asyik takde line je. Bengang aku bengang! Apapun zha akan sentiasa mencari waktu untuk terus meng"update" blog ini.

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih zha tempuh semester 2 kat UiTMPP ni. Of course zha lalui banyak ups and downs sepanjang sebulan lebih kat sini. Boleh dikatakan zha banyak melalui tough weeks. Ade crisis dengan budak class. Sentap menyentap dengan orang sekeliling and banyak lagi. Tapi benda remeh ni bukan penghalang untuk zha terus melangkah ke hadapan.

Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran zha, Allah sedikit demi sedikit menjauhkan zha dari hal hal yang sedemikian. Hari hari zha semakin ceria seperti biasa. Hehehe. Back to the usual Zhahirah la katakan. Tak banyak yang zha boleh update kali ni. Actually banyak yang zha lalui tapi nak cite satu per satu tu memang korg akan bosan la nak menghadap blog zha ni.

So sebelum terlambat zha nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kawan kawan!
Read More

Thursday, 14 June 2012

Teruskan Langkah...

Assalamualaikum and hello hello! Korang sihat tak? Rindu zha tak? Tak? Takpe la. Janji zha rindu korang and blog kite yang comel ni. Hahaha. Korang ape cer? Ade ape ape yang berlaku tak? Apepun yang terjadi zha harap korang harungi dengan tabah.

Cube teke? Kite dah semester 2 la. Hebat tak? Hahaha. Kite dah seminggu kat Penang ni hah. Tu yang takde masa nak update blog. Line kat Kolej Kristal B ni kan sumpah mengundang dohh! Haram patah betul! Susah gile nak online. Nak gune WiFi pun slow macam siput. Tapi takpe la. Janji ade tempat tinggal kan?

So first week kat sini memang dah start busy. Class agak pack tapi yang best Jumaat takde class. Hahaha. Happy tak? Paling penting first week kati sini duit keluar mencurah curah macam air terjun hah. Aduhainye pun ter ber. Tapi takpe. Study bukan berjoli. Hahaha.

Tapi kan. Semester ni homesick zha agak teruk la berbanding semester lepas. Mungkin sebab environment dah tukar. Agak serabut sikit la fikiran. Hahaha. Tapi zha kene la stay strong kan. Teruskan berjalan. Pejam celik pejam celik masa tu cepat je berlalu.

Dan ape yang paling penting zha ade kawan kawan zha kat sini. Ade The Girls yang 24 jam dengan zha. Ade The Boys yang selalu teman kitorang. And ade PERSADA yang dah macam keluarga zha kat sini. And kitorang akan ke Negeri Sembilan minggu depan. Jealous tak? Hahaha.

Ape lagi eh? Hmm... Itu je la kot. Dah tak tau nak cakap ape. Bosan tahap dewa. Ok bai!

p/s: missing my seniors last semester.
Read More

Monday, 4 June 2012

Another Step Should Be Taken...

Assalamualaikum saudara saudari readers yang tersayang. Beberapa hari zha tak update blog dah rasa rindu. Ye la. Tak lama lagi nak hit Penang memang dah takde masa nak update blog lagi. Kalau kat kampus memang jarang sangat zha online. Busy dengan kelas, aktiviti, koko dan macam macam benda lagi la. So hari hari  terakhir kat Sabah ni mai ler kite update blog ni sehabis mungkin. Hahaha.

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan zha bercuti. Nak masuk kampus nanti ni rasa macam freshie pun ade juga sebab dah lama sangat tak pijak kampus. Aigooo. Masa awal cuti hari tu bukan main eager lagi nak balik Penang cepat cepat. Sekarang cuti dah tinggal 4 hari baru rasa nak extend cuti tu lagi. Ye la. Nak balik Sabah bukan dekat. Sodih hah hati den ni. Sayu bebeno nak tinggal family sekali lagi. Tak suke tak suke!

But one thing for sure ceq pegi Penang tu BUKAN nak menggatai dengan mamat mamat kat situ. BUKAN nak bersuka ria bersama cornflakes ke ape. Zha pegi situ nak study. Nak laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak. I wanna achieve my goal. Walaupun terpaksa jadi perantau zha kene juga lalui semue ni. Jadi barang sesiapa yang menuduh diriku ini lu silap besar bro!

Time really good at flying... Macam baru semalam zha jadi adik paling kecik dalam UiTM tu hah. Sekarang dah ade junior yang lagi kecik dari zha. Kalau boleh tak nak besar. Nak stuck kat semester 1 je. Best gile. Hahaha. Tapi apapun itulah realiti yang zha and semue orang kene hadapi. Meningkat usia tu kan mandatori. Kalau jadi matang mandatori tak? Tak. Jadi matang tu optional. Sendiri mau fikir la!

Haihhh. Macam macam lagi benda zha nak cerita tapi not this time la. Sekarang ni tengah hujan. Kalau layan lagu Home ni memang boleh lena ar cite die kan? Hahaha. So apapun. Good luck untuk adik adik yang sedang menjalani Minggu Destini Siswa. Welcome to UiTM zha ucapkan! Untuk kawan kawan zha dan seniors tak sabar nak jumpe korang 9 Jun nanti. See you in 4 more days!

*btw. zha tengah bengang sebab iCress tak keluarkan jadual lagi. bikin panas tau?!*
Read More

Thursday, 31 May 2012

Selamat Tinggal Mei!

Time really flies. Harini hari terakhir kita kat bulan Mei tahun 2012. Cepat je masa tu berjalan kan? Ni bukan berjalan lagi ini dah berlari. Rasa macam baru je balik Sabah haritu dah nak balik Penang lagi. Excited memang tak dinafikan la. Excited sebab ape? Sebab nak jumpe The Girls and kongsi cerita semester break kitorang. Lepas tu excited sebab nak join aktiviti Persada next semester. Dah tekad tak nak balik Sabah awal awal.

So ape yang korang dapat rumuskan untuk bulan Mei tahun ni? Bagi zha bulan Mei kali ni simple je. Zha happy sebab sepanjang cuti ni orang tu ade untuk zha. Bukan setakat orang tu la. Yang lain pun ade juga jangan risau. Korang tetap dihati. Cewah! Hahaha. Apapun semoga bulan Jun akan datang ni akan menjadi lebih baik dari bulan bulan yang sebelumnya. Kan? Yang penting my one and only brother akan balik Sabah bercuti esok. Happy sangat sebab dah lama kot tak jumpe die. Tapi malangnya die balik Sabah zha pula yang kena balik Penang. Sedih! Dapat spend time dengan die berape hari je.

hah! ni la yang berlaku bila dah bosan sangat. menyambut kedatangan bulan Jun.
Read More

Harapan?

Assalamualaikum and hello readers. First of all zha nak cakap thank you so much cause korang sudi meluangkan masa untuk membaca entri zha yang sebelum ni. Aww omel omel je korang ni ye. Tak sangka ramai juga yang bagi feedback. Apapun teruskan support zha okay? Sebab zha ni bukanlah blogger hebat yang popular sampai nak masuk rancangan Nona ntah pape la kan. Korang je la supporters zha. Tu pun promote dekat Facebook and Twitter. Sounds desperate? Kisah pula aku!

So korang nak baca tentang apa pula kali ni? Tentang bulan nak? Tak nak?

Untuk entri kali ni zha nak share something yang agak "common". Ah'ha! Tapi before zha menulis dengan lebih panjang, zha nak minta maaf kalau ade la sesape yang terasa hati ke terguris perasaan ke dengan entri zha kali ni ye? Sorry! So back to business.

"Too much hoping hurts". Setuju tak? Hmm... Zha pun dah serik dengan benda benda yang berkaitan dengan harapan ni. Well it's true nothing is impossible and miracles can happen tapi ade juga benda yang tak menjadi seperti yang kita harapkan. Sebagai contoh kita datang KFC dengan semangat yang berkobar kobar nak makan ayam Hot & Spicy end up ayam dah habis. Kecewa tak? Itu soal perut tau. Kalau soal hati lagi parah!

Hati kita dah jatuh baik punye kat si dia rupanya dia dah ade couple bro! Hati ni hancur berkecai bukan setakat patah seribu tau tak? Well memang salah diri sendiri juga sebab jatuh hati kat orang yang dah "Taken"... The problem is... Orang tu pun layan kita special sangat. Message nak sweet sweet je. Memang cair la cite die kan? Aduhainye pun ter ber.

Tapi takpe. Pasti ade hikmah kan? So sesape yang dalam situasi ni zha harap korang bersabar. Takpe. Kalau dah jodoh takkan lari punye. Chillax!
Read More

© Thousand Words ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena